wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 7 شوّال 1442   |   Tuesday 18 May 2021
Saturday, 20 March 2021 10:45

Subjek dan predikat dalam kalamullah

Rate this item
(1 Vote)

Susunan kata, frasa dan ayat dalam percakapan menggambarkan apa yang hendak dimaksudkan serta ditekankan oleh pihak yang menuturkan percakapan tersebut. Misalannya antara ayat; “Ali pergi ke Kedai Pak Man untuk membeli gula” dengan “Ali membeli gula di Kedai Pak Man” mempunyai maksud serta penekanan yang berbeza. 

Sungguhpun kedua-dua ayat tersebut dilihat seakan-akan sama iaitu mengenai seseorang yang bernama Ali membeli gula di sebuah kedai, akan tetapi ayat yang pertama lebih menekankan serta memaksudkan perbuatan Ali pergi ke Kedai Pak Man bagi membeli sesuatu iaitu gula.

 

Walau bagaimanapun, dalam ayat yang kedua, ia lebih menggambarkan perbuatan Ali untuk membeli gula di suatu tempat iaitu di Kedai Pak Man.

 

Kesimpulannya, perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut adalah kerana perbezaan subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan, manakala predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.

 

Al-Quran yang merupakan kata-kata (kalam) Allah SWT, sangat halus dan sungguh teliti dalam mengungkapkan yang mana satu subjek dan yang mana pula adalah predikat.

 

Salah satu contoh bagi menjelaskan perbincangan ini adalah sebahagian Firman Allah SWT dalam ayat 12 Surah al-Qamar ketika menceritakan bagaimana Dia mengazab kaum Nabi Nuh AS dengan meneggelamkan mereka dengan hujan yang mencurah-curah dari langit serta bumi yang telah meledakkan atau memuntahkan air dengan kata-Nya; وَفَجَّرْنَا الأرْضَ عُيُونًا (Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air).

 

Lafaz (وَفَجَّرْنَا) bermaksud "dan kami meledakkan atau memecahkan dengan ledakan yang dahsyat". Tanda sabdu (  ّ) di atas huruf ج menunjukkan exaggeration (pernyataan yang berlebih-lebihan). Namun fokus perbincangan ini adalah pada subjek ayat tersebut iaitu bumi dan predikatnya iaitu mata air.

 

Secara ringkas, ayat ini diungkapkan oleh Allah SWT untuk menyatakan bahawa betapa dahsyat azabnya terhadap kaum Nuh AS. Selain daripada hujan lebat yang turun mencurah-curah, seluruh muka bumi juga telah meletus dengan menghamburkan mata airnya lalu menenggelamkan permukaan bumi.

Hal ini amat berbeza konotasinya apabila subjek ayat tersebut adalah mata air dan predikatnya adalah bumi. Jika ayatnya begini (وَفَجَّرْنَا العُيُونً أرْضَا), ia akan membawa maksud "dan kami memancarkan mata air di atas muka bumi".

 

Naratifnya lebih membawa maksud nikmat serta rahmat Allah SWT yang menerbitkan mata air yang menjadi sumber kehidupan dan minuman, malah ia tidak langsung membawa maksud azab serta balasan Allah SWT.

 

Demikianlah al-Quran mendidik kita agar lebih menekuni maksud serta ungkapan Kalamullah yang merupakan mukjizat teragung sehingga hari kiamat. صدق الله العظيم

 

Ustaz Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib
Timbalan Pengerusi
Jawatankuasa Tarbiah & Modal Insan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 222 times Last modified on Saturday, 20 March 2021 14:40

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!