wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 ربيع الثاني 1442   |   Wednesday 25 November 2020
Tuesday, 13 October 2020 11:02

Manusia bukan diciptakan untuk hidup di dunia?

Rate this item
(0 votes)

Setiap janin manusia dalam kandungan ibu telah diciptakan lengkap dengan anggota badan seperti tangan, kaki, mata dan sebagainya. Apakah yang dapat dilakukan oleh janin tersebut dengan kesemua anggotanya di dalam tempat yang amat sempit tersebut?

Pasti akal yang waras menyatakan bahawa alam rahim hanyalah tempat yang sementara bagi manusia. Adalah amat mustahil jika manusia hanya diciptakan untuk hidup dalam rahim ibu kerana anggota seperti mata, tangan, kaki dan bahkan kemaluan tidak boleh digunakan semasa berada dalam rahim kandungan ibu.

 

Namun sedarkah kita bahawa, setelah janin tersebut dilahirkan ke alam dunia sebagai makhluk manusia yang sempurna anggota badannya, ia juga merupakan makhluk yang bukan diciptakan untuk hidup dan berada di alam dunia yang fana ini. Hal ini kerana terdapat dua perkara yang membuktikan bahawa manusia juga bukanlah diciptakan untuk hidup di alam dunia.

 

"Siapa yang mahu mati?" Tanya seorang penceramah kepada jemaah masjid, tapi tiada seorang pun yang menjawab saya mahu mati. Malah dalam doa kebanyakan orang adalah agar disihatkan tubuh badan serta dipanjangkan usia.


Jika boleh, manusia mahu hidup selama-lamanya untuk melihat semua keturunannya, belum puas menikmati kehidupan dunia. Hanya manusia yang kecewa serta putus asa untuk hidup sahaja yang mahu mati.

 

Sementara itu, seorang yang sudah bergelar jutawan juga sentiasa bekerja keras untuk menambah hartanya walaupun harta yang sedang dimilikinya itu tidak akan habis digunakan sehingga tujuh keturunannya.

 

"Haikal rasa nak tukarlah kereta BMW tu, sekarang dah keluar model baru," luah anak muda kepada ayahnya Datuk Hashim, walaupun di rumahnya sudah mempunyai tujuh kereta mewah.

 

Dua tabiat manusia tersebut membuktikan bahawa manusia bukanlah diciptakan untuk hidup di alam dunia ini. Pertama, keinginan untuk kekal sihat serta hidup selama-lamanya dan yang kedua, tidak akan pernah puas dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki.

 

Sungguh pun begitu, fakta sains menyatakan bukan sahaja bumi, bahkan seluruh alam ini akan musnah juga pada suatu hari nanti. Menjadi suatu hakikat yang tidak mungkin ditolak bahawa keinginan manusia adalah infiniti yang tiada penghujungnya, tiada manusia yang berasa puas dan cukup dengan apa yang telah dimilikinya.

 

Oleh yang demikian, Allah SWT yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana telah menyediakan suatu alam yang lain untuk manusia memenuhi impiannya yang mustahil dapat dikecapi di alam dunia. Ya! Alam tersebut adalah alam akhirat.

 

Firman Allah yang bermaksud: “Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari yang berkekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Surah Qaaf: 34-35)

 

Ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa syurga merupakan alam yang kekal abadi dan manusia akan beroleh apa sahaja yang dikehendaki, malah lebih daripada apa yang mampu difikirkan oleh manusia.

 

Kesimpulannya, manusia bukan diciptakan untuk hidup di alam dunia seperti mana manusia juga bukan diciptakan untuk hidup di alam rahim. Alam rahim hanyalah alam yang sementara bagi menyempurnakan proses kejadian manusia sebelum dilahirkan oleh ibunya dengan selamat. 

 

Begitu juga alam dunia hanyalah alam yang sementara bagi menyempurnakan proses menjadikan manusia itu benar-benar seorang hamba Allah SWT sebelum berpindah ke alam syurga yang kekal abadi.

 

Ustaz Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib
Ketua Hal Ehwal Syariah
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 557 times Last modified on Tuesday, 13 October 2020 11:24

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd