wrapper

Berita Terkini

الإثنين 12 جمادى الثانية 1442   |   Monday 25 January 2021
Saturday, 31 October 2020 18:41

Keprihatinan seorang raja

Rate this item
(2 votes)


Apabila raja Mesir berkata kepada Nabi Yusuf alaihissalam (AS), “Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami.” (Surah Yusuf : 54)

Dan Nabi Yusuf AS menjawab, “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.” (Surah Yusuf : 55)

 

Maka bermulalah Nabi Yusuf AS memikul tanggungjawab beliau yang berat serta berjaya melaksanakan amanah yang digalasnya dengan cemerlang.

 

“Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Yusuf : 56)

 

Antara pengajaran penting yang diserlahkan daripada kisah ini ialah:

 

i. Kebenaran janji Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan sabar menanggung ujian yang getir.

 

ii. Setiap kesukaran pasti berakhir dengan kesenangan.

 

iii. Keharusan bekerjasama dan memegang jawatan dalam kerajaan yang tidak Islam.

 

iv. Keharusan meminta jawatan apabila kita mempunyai kelayakan dan yakin dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya.

 

Aspek yang jarang ditonjolkan ialah kesediaan raja mengangkat Nabi Yusuf AS selepas baginda melihat kemampuan Nabi Yusuf AS mentakwilkan mimpinya walaupun Nabi Yusuf AS menganut agama yang berlainan dengannya.

 

Tidakkah dia bimbang Nabi Yusuf AS akan menghasut mempengaruhi rakyatnya meninggalkan agama yang dianutinya?

 

Tidakkah dia bimbang Nabi Yusuf AS yang sangat pintar itu akan menggulingkan kerajaan yang dipimpinnya dan merampas takhta yang diwarisinya daripada datuk neneknya, generasi demi generasi?

 

Sebenarnya keputusan yang dibuat oleh raja menyerahkan jawatan penting kepada Nabi Yusuf AS menggambarkan sikap keprihatinannya terhadap kepentingan rakyat dan negara.

 

Dia mengetahui melalui mimpinya yang ditakwil oleh Nabi Yusuf AS bahawa negaranya akan ditimpa kemarau panjang yang menyebabkan bekalan makanan berkurangan.

 

Sebagai persediaan untuk menghadapi keadaan yang mencabar itu, negara memerlukan seorang yang benar-benar mempunyai kepakaran, ikhlas dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

 

Dan pada firasatnya, ciri-ciri itu terdapat pada susuk Nabi Yusuf AS yang berupaya mentakbir mimpinya. Lalu baginda tidak teragak-agak meletakkan Nabi Yusuf AS di posisi penting dalam kerajaannya iaitu sebagai pengurus perbendaharaan hasil bumi.

 

Tentunya, kisah ini mengingatkan kita dengan apa yang berlaku dalam negara mutakhir ini. Bagaimana kita sebagai seorang Islam mengambil pengajaran daripada kisah yang Allah bawakan menerusi ayat-ayat-Nya di dalam al-Quran ini? Sudahkah kita mempersiapkan seorang ‘Yusuf’ untuk memakmurkan muka bumi Allah ini?

Fikirkanlah!

 

Ditulis oleh:
Ustazah Maznah Daud

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian IKRAM.

Read 167 times Last modified on Saturday, 31 October 2020 19:02

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd