a. Masalah.
b. Persoalan.
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه وبعد
Allah SWT telah berfirman:
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Murabbi berwibawa lahirkan sistem tarbiah berkesan
Written by admin
(Bingkisan Pengerusi JK Tarbiah IKRAM, Ustaz Tajuk Arifin Che Zakaria bersempena Program Pembangunan Muwajjih Tarbawi Nasional 2012)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Menjadi kewajipan para duah (pendakwah) untuk merenung jauh ke dalam diri mereka sendiri dan bermujahadah dengan bersungguh-sungguh melawan kehendaknya. Mereka hendaklah sentiasa tegas dalam bermuhasabah dan jangan sekali-kali meremehkan usaha ini dalam apa keadaan sekalipun. Mereka hendaklah setiasa mengambil ‘azimah’ dalam bermuhasabah sehinggalah Allah s.w.t. meluruskan urusanNya.