Print this page
Saturday, 28 May 2016 08:00

Rumah Kami Di Bulan Ramadhan

Rate this item
(0 votes)

rumah kami di bulan ramadhan

27 May 2016 - Pejabat Ikram Batu, berlangsung kelas pertama untuk program Ajarilah Wanitamu. Tema Ramadhan dengan tajuk Rumah Kami di bulan Ramadhan dipilih bersempena kedatangan bulan yang mulia, iaitu bulan Ramadhan. Tajuk ini disampaikan oleh Ketua Wanita Ikram Batu, Puan Faridah Maludin. Kehadiran program ini adalah 76% bukan ahli Ikram, seramai 13 orang wanita yang rata-rata tinggal di kawasan berdekatan Pejabat Ikram Batu. Ahli Ikram yang mengikuti program ini ialah 4 orang.

Penceramah berkongsi ibadah puasa dalam itipati surah Al- Baqarah:183-187, yang mana puasa diperintahkan kepada kaum terdahulu dan adalah khas orang yang bertaqwa.

Kemuliaan bulan Ramadhan adalah sangat istimewa kerana hanya bulan Ramadhan disebut di dalam Al-Quran. Penceramah juga mennyentuh doa yang sesuai untuk dibaca di bulan ramadhan ialah doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Aisyah iaitu doa memohon keampunan.

Seterusnya, sunnah Rasulullah di bulan Ramadhan ialah untuk iktikaf di masjid di 10 Ramadhan terakhir. Jadi para wanita disarankan agar mengaturkan urusan rumahtangga bagi membolehkan ibadah puasa termasuk iktikaf di masjid.

Kaum ibu boleh menyediakan hidangan yang sihat. Untuk mengaktifkan sedekah, ibu boleh menyediakan tabung sedekah untuk anak-anak kumpulkan wang untuk disedekahkan.

Moga Ramadhan ini menjadikan kita antara 'mudah-mudahan mereka bertaqwa' dan kembali kepada fitrah yang suci dari dosa untuk merayakan Hari Raya Aidil Fitri.

Read 1395 times Last modified on Saturday, 28 May 2016 13:14

Related items

Our website is protected by DMC Firewall!