wrapper

Berita Terkini

الإثنين 5 جمادى الثانية 1442   |   Monday 18 January 2021
Rumusan Kandungan Surah an-Nur
  Surah an-Nur adalah surah ke-24 dalam al-Quran. An-Nur bermaksud ‘Cahaya’  Tujuan utama surah an-Nur diturunkan adalah untuk mendidik manusia menjadi umat yang terbaik kerana manusia dilahirkan ke
IKRAM Ajak Keluar Dari Kebekuan Tradisi kepada Inovasi
Seri Kembangan, 22 September. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak mesyarakat keluar dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi dan seterusnya melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan
Jaga Adab, Elak Provokasi Dalam Berbincang di Media Sosial
Dalam kehangatan perbincangan isu-isu di media sosial, kita melihat pelbagai respon diberikan netizen dalam mengemukakan pandangan masing-masing. Walaupun ada yang memberi respon yang baik dan rasional, tidak kurang
Time to look for alternatives on home ownership?
Conventional thinking dictates that each family in this country should own a home. That has been an acceptable norm as a roof over one’s head is considered a basic necessity. A house is an appreciating asset that can
Monday, 05 October 2015 08:00

Solat: Tunaikan Walaupun Sukar

Rate this item
(0 votes)

kursus solat musafir

Ahad, 4 Oktober 2015 - Kursus Cara Solat Orang Sakit dan Musafir di Surau Al-'Izzah dihadiri oleh lebih 100 orang peserta, melebihi pendaftaran awal melalui whatsapp iaitu seramai 70 orang. Seperti aktiviti-aktiviti Surau Al-'Izzah lain yang bersifat inklusif, kursus separuh hari (8:30 pagi - 1:00 ptg) ini turut disertai oleh peserta dari luar, antaranya dari Selayang, Taman Melati, Taman Keramat dan Kepong.

Kursus anjuran bersama Persatuan Khairat Kematian Taman Samudera Mitra Delphina (PKKTSMD), Surau Al-'Izzah dan KRT Taman Samudera A Fasa 1 ini dikendalikan oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Nazar Ibrahim dari Hal Ehwal Islam, Cawangan Tadbiran Am, Bahagian Pengurusan, Hospital Kuala Lumpur.

Al-Fadhil Ustaz Nazar memulakan kursus dengan penerangan mengenai kepentingan solat seperti firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 103, "Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang ditentukan waktunya". Solat 5 waktu adalah kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan selagi seseorang itu berakal. Kewajipan solat tetap dituntut sekalipun dalam keuzuran atau masyaqqah atau sakit, wajib dikerjakannya mengikut keupayaannya. Penyampaian santai penceramah dengan bantuan slaid yang baik memudahkan kefahaman peserta mengenai solat ketika sakit dan musafir.

Pada akhir kursus, semua peserta mendapat sijil penyertaan. Pihak penganjur akan mengadakan satu lagi kursus susulan kepada kursus ini yang menekankan aspek praktikal dan sesi soal jawab yang lebih panjang masanya. Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang terlibat. [Foto oleh: Muhammad Tauhid Salimin]

Read 1799 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Wilayah

Pertubuhan IKRAM Malaysia Wilayah Persekutuan

Jalan AU1A/4A, 54200 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: +603-42523225

Pejabat Urusan: https://goo.gl/maps/3QSni

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd