wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 ربيع الثاني 1442   |   Wednesday 25 November 2020
IKRAM Selangor Sambut Baik Larangan Merokok dan Minuman Keras di Taman Awam di Negeri Selangor
Kenyataan Media Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Selangor membaca kenyataan media Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Khusrin Munawi pada 16 Julai 2020 yang menyambut baik langkah Kerajaan Negeri
Pengumuman
IKRAM SELANGOR MEMOHON MAAF   MAKLUMAT DAN BERITA TERKINI MULAI SEPTEMBER 2019 SEDANG DIKEMASKINI   ... HARAP MAAF ....  
Ijtima Ramadhan IKRAM Selangor (IRIS) 1436 melabuh tirai
  Tempat: Maslid Uniten, Bangi, Tarikh: 24 dan 25 Ramadhan 1436 bersamaan 11 dan 12 Julai Tema: "Menjana Taqwa Menuju Negara Rahmah" Seramai lebihkurang 2500 orang peserta telah hadir dan
Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Selangor
5 Julai 2015 Shah Alam Tempat: Shah Alam Convention Centre (SACC).   Seramai lebihkurang 400 peserta telah hadir dengan dengan 157 saudara baru serta keluarga. Kira-kira 20 non muslim telah turut
Monday, 20 July 2020 08:52

IKRAM Selangor Sambut Baik Larangan Merokok dan Minuman Keras di Taman Awam di Negeri Selangor

Rate this item
(0 votes)

Rokok

Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Selangor membaca kenyataan media Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Khusrin Munawi pada 16 Julai 2020 yang menyambut baik langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam menguatkuasakan larangan merokok termasuk rokok elektronik dan meminum arak di taman awam di seluruh Negeri Selangor.

IKRAM Selangor mendokong kenyataan MAIS berkenaan dan menganggap bahawa keputusan kerajaan negeri Selangor itu merupakan satu keputusan yang tepat demi menjadikan negeri ini negeri contoh sejajar dengan usaha menjadikan Selangor sebagai negeri rahmah dan mendaulatkan syariah.

Bahkan IKRAM Selangor juga melihat keputusan ini sendiri sebagai menjunjung fatwa pengharaman merokok yang telah diwartakan HARAM pada 7 Disember 1995 dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor juga memutuskan pada 19 Januari 2016 bahawa penggunaan rokok elektronik atau vape juga adalah HARAM.

Walaupun keputusan larangan kerajaan negeri Selangor berkuatkuasa di taman awam, namun IKRAM Selangor berharap agar umat Islam terutama di negeri ini sedar bahawa perbuatan merokok adalah ditegah walau di mana sahaja berada. Apatah lagi rokok dan arak sememangnya tiada manfaat melainkan hanya membawa kemudharatan kepada kesihatan diri serta kesejahteraan keluarga.

Maka, IKRAM Selangor berharap agar:

  1. Penguatkuasaan ini dapat diambil perhatian serius seluruh masyarakat terutama umat Islam demi mengamalkan budaya hidup yang sihat dan menjadikan premis-premis awam bebas daripada asap rokok serta minuman keras.
  2. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang gagal mematuhi larangan ini demi mengelakkan pihak lain yang tidak bersalah menjadi mangsa akibat kedegilan ini.
  3. Larangan merokok dan meminum arak ini akan menjadi perintis kepada larangan-larangan sama di premis-premis lain seperti restoran, kedai makan, kawasan pejabat, masjid, pusat hiburan dan pelbagai lagi.
  4. IKRAM Selangor beriltizam bersama-sama MAIS dalam mendidik masyarakat terutama anak muda agar menjauhi rokok dan arak.
  5. Bersama-sama berusaha menyumbang segala kepakaran yang ada dalam usaha-usaha pencegahan dan pendidikan masyarakat tentang bahaya rokok dan arak.

#SelangorBebasRokok

#MenujuNegaraRahmah

  Prof Dato' Dr. Mohd Ali Hassan Yang DiPertua, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Selangor

17 Julai 2020

Read 129 times Last modified on Monday, 20 July 2020 09:13
More in this category: « Pengumuman

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Selangor

Pertubuhan IKRAM Malaysia Selangor

Pejabat IKRAM Selangor (PISel)
No 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Email: selangor@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd