wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 ربيع الثاني 1442   |   Wednesday 25 November 2020
KELAZIMAN BAHARU PEMBELAJARAN IPT
Sesi pembelajaran di universiti bagi sesi 2020/2021 telah pun bermula sejak awal bulan Oktober yang lalu. Suasana baharu yang dilihat semasa permulaan sesi baharu ini adalah sesi pendaftaran pelajar baharu dan pelajar
SABAR HADAPI UJIAN
Pengenalan KINI sudah masuk gelombang ketiga penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia, ujian besar bagi manusia sejagat. Virus Covid-19 ini pandemik yang menakutkan.Hampir 1.2 juta kematian dilaporkan akibat
Hijrah Kepada Kebaikan
Dalam kita berniat berhijrah,kita berniat berhijrah, kadang-kadang ada “angin munafik sepoi-sepoi” hadir dalam hati kita. Bisikan ke cuping telinga sehingga akal menerbitkan ingin menangguh lagi. Daripada situ,
Perutusan Sempena Hari Guru (Murabbi) Rangkaian SRI SMI Al-Amin Sarawak
  Perutusan Sempena Hari Guru (Murabbi) Rangkaian SRI SMI Al-Amin Sarawak ”Guru Pembina Negara Rahmah” Segala puji dan syukur kepada Allah SWT, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah,
Thursday, 23 April 2020 18:45

Pelancaran Kempen Semarak Ramadhan 1441H IKRAM Sarawak

Rate this item
(0 votes)

poster pelancaran semarak ramadhan 1441H IKRAM Sarawak.jpeg

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tahun 2020 kali ini, IKRAM Sarawak telah melancarkan Kempen Semarak Ramadhan 1441H IKRAM Sarawak bagi menyemarakkan sambutan bulan mulia ini. Memandangkan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh wabak COVID19 yang melanda negara ketika ini, pelancaran tersebut telah diadakan secara maya melalui sesi FB Live pada Rabu 22 April 2020 jam 9.00 malam melalui laman FB rasmi IKRAM Sarawak.

Kempen Semarak Ramadhan oleh IKRAM Sarawak kali ini membawa tema "Ramadhan: Dalam Musibah Amal Bertambah" bersempena dengan situasi wabak COVID19 di mana semua rakyat Malaysia telah terkesan dengan wabak ini serta kerajaan terpaksa melaksanakan perintah Kawalan Pargerakan. Majlis perasmian kempen telah dihoskan oleh saudara Mohd Azrin Mohd Said dan dimulakan dengan bacaan tilawah Al Quran oleh saudara Abdullah Rabbani dan seterusnya pengisian tazkirah oleh saudara Kautsar Ali. Kemuncak majlis pelancaran ialah perutusan Yang DiPertua IKRAM Negeri Sarawak, saudara Abg Mohd Shukri Abg Muis. Di dalam perutusan beliau, Abg Mohd Shukri telah menekankan akan kepentingan mewujudkan suasana Rabbaniyah di dalam keluarga dalam keadaan PKP masakini, di mana ketua keluarga disarankan mempersiapkan ahli keluarga untuk melaksanakan amal ibadah bersama-sama, melazimi tazkirah dan bacaan bahan ilmu, meningkatkan amalan sedekah, dan menyokong usaha-usaha kebaikan. Majlis pelancaran juga telah diserikan dengan nyanyian nasyid oleh belia Harmoni Sarawak dan video khas ucapan ahli IKRAM Sarawak kepada semua pendengar. 

Majlis pelancaran seumpama ini merupakan yang julung kali diadakan secara maya bagi mengajak seluruh umat Islam di Sarawak khususnya bersiap sedia menyambut Ramadhan yang istimewa dalam keadaan wabak yang melanda masakini.

Warga IKRAM Sarawak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan, semoga kita dapat memanfaatkan bulan ini dengan amalan yang terbaik dan diganjarkan kebaikan oleh Allah swt.

 

 

Read 233 times Last modified on Friday, 24 April 2020 10:35

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
DMC Firewall is a Joomla Security extension!