wrapper

Berita Terkini

الجمعة 22 جمادى الأولى 1441   |   Friday 17 January 2020
THEY SEE, THEY LEARN
KUCHING – Seramai hampir 106 orang pelajar sekolah sekitar Kuching telah menerima cermin mata percuma melalui Majlis Serahan Cermin Mata Percuma, They See, They Learn di Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak pada 6 Oktober
Kunjungan IKRAM Media Sarawak ke Pejabat Suara Sarawak
  Kuching, 5 Okt 2019 (Sabtu)-Penggerak IKRAM Media Sarawak telah membuat kunjungan ke Pejabat Suara Sarawak di Metrociity Matang. Pihak IKRAM Media Sarawak berbesar hati kerana mendapat pelbagai input dari segi
Perkampungan IKRAM Muda Sarawak 2019
Kota Samarahan, 28-29 September 2019- Seramai hampir 50 orang aktivis IKRAM Muda Sarawak berkumpul di Perkampungan IKRAM Muda Sarawak selama dua hari di Dewan Suarah Kota Samarahan. Perkampungan ini melibatkan aktivis
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK 16 Muharam 1441H / 16 September 2019 SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH  Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi
Wednesday, 05 August 2015 08:00

Peranan Warganegara ; Jadilah Warganegara Yang Mempunyai Peranan

Rate this item
(54 votes)

Jadilah_warganegara_yang_ada_nilai_yang_signifikan_untuk_negara.jpg

Sebagai warganegara, selain daripada kita perlu menuntut hak kita sebagai rakyat, kita harus menyedari akan peranan dan tanggungjawab kita terhadap negara.

Kita juga harus menerapkan rasa cinta akan tanah air dan bersedia untuk mempertahankannya sekiranya maruah dan keamanannya dirobek. Perasaan cinta kepada tanah air telah diperlihatkan dengan jelas oleh suri teladan sepanjang zaman, Nabi Muhammad saw, melalui peristiwa penghijrahan baginda ke Kota Madinah. Ketika hendak meninggalkan Kota Mekah, baginda memandang ke arah kota itu dan menyatakan betapa baginda sangat mencintainya.

Ternukil kata-kata baginda, melalui sabdanya;

 

“Demi Allah! Kamu (Mekah) adalah tanah Allah yang terbaik dan sangat dicintai olehnya. Sekiranya aku tidak diusir daripada kamu, aku tidak akan berpisah daripada kamu!”

(HR Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Justeru, jika kita mencintai sesuatu perkara, pasti kita akan cuba sedaya upaya untuk membuktikannya. Lantas, apakah yang boleh kita lakukan untuk membuktikan cinta kita kepada negara kita?

Menjadi Warganegara Yang Baik Lagi Berjiwa Islah

Antara tugas utama selaku warganegara apatah lagi seorang muslim adalah dia berusaha untuk memperbaiki dirinya dan juga mengajak orang lain untuk turut sama memperbaiki diri.

Niatkan supaya kita menjadi warganegara yang berakhlak mulia, tidak culas, tidak pembohong, jauh daripada korupsi dek tertipu dengan kekayaan dunia yang sementara, menjauhi jenayah seperti mencuri dan merompak harta orang lain, berani menegakkan kebenaran serta suka menyebarkan kebaikan.

Kenapa menjadi baik dan berusaha untuk mengajak orang lain itu penting? Hal ini demikian kerana komponen asas sesebuah negara ialah rakyatnya. Jika baik rakyatnya, maka baiklah negaranya. Maka itu menjadi sebab Allah menurunkan rahmat dan kurniaan yang melimpah ruah serta menjauhkan negara tersebut daripada bala bencana.

Ia selari dengan firman Allah SWT dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, 'dan Tuhan menyatakan lagi, sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah kKami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah ruah berkatnya dari bumi dan langit. Tetapi, mereka mendustakan Rasul Kami. Lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka sudah usahakan."

Jelas di sini, Allah telah menggariskan bahawa formula kemakmuran dan keharmonian sesebuah negara, ia adalah bermula dengan diri kita.

Sebagai_warganegara_kita_berperanan_dalam_membentuk_negara_agar_menjadi_negara_yang_baik.jpg

Menjadi Warganegara Cakna Isu Semasa

Selain itu, sebagai warganegara, kita juga perlu berusaha untuk mengambil tahu serta sensitif dengan isu semasa. Kita tidak boleh mengambil sikap malas hendak ambil endah terutamanya perkara yang berkaitan dengan isu negara kita.

Namun begitu, kita juga perlu menyedari bahawa kita tidak boleh mudah mempercayai dan menyebarkan berita yang belum tentu kebenarannya. Didiklah diri untuk rajin membaca daripada pelbagai sumber yang sahih dan rajin membuat perbandingan. Jangan sesekali kita mudah terperangkap dengan kisah-kisah fitnah apatah lagi tersalah hukum orang yang tidak bersalah.

Antara isu yang perlu kita cakna bukan sahaja isu politik, tapi kita juga perlu cakna pada taraf hidup, masalah serta kesusahan yang dihadapi oleh rakyat. Sebagai contoh, masalah kemiskinan, jurang ekonomi yang tinggi, isu kenaikan harga barang, itu juga perlu kita ambil peduli walaupun mungkin kita adalah orang yang berkemampuan.

Hal ini kerana dengan menjadi orang yang cakna dengan isu semasa, secara tidak langsung kita akan menjadi orang yang mengambil berat serta berusaha melakukan sesuatu untuk menggerakkan negara ke arah yang lebih baik.

Kesimpulan

Setiap daripada kita tak kira daripada kalangan pemimpin negara sampailah ke kuli, kita mempunyai peranan yang harus kita tunaikan. Sebagai anak muda, tugas kita pada ketika ini adalah mengaut ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin. Persiapkan diri kita untuk menjadi generasi pengganti.

Mungkin tidaklah kita menjadi perdana menteri atau menteri-menteri yang lain, sekurang-kurangnya kita boleh menjadi agen perubahan yang menggerakkan negara di peringkat kita berperanan. Kita tidak mahu menjadi warganegara yang sekadar wujud tetapi kita mahu kewujudan kita adalah signifikan kepada negara.

Read 14890 times Last modified on Wednesday, 05 August 2015 12:31

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
DMC Firewall is a Joomla Security extension!