wrapper

Berita Terkini

الخميس 7 صفر 1442   |   Thursday 24 September 2020
Hijrah Kepada Kebaikan
Dalam kita berniat berhijrah,kita berniat berhijrah, kadang-kadang ada “angin munafik sepoi-sepoi” hadir dalam hati kita. Bisikan ke cuping telinga sehingga akal menerbitkan ingin menangguh lagi. Daripada situ,
Perutusan Sempena Hari Guru (Murabbi) Rangkaian SRI SMI Al-Amin Sarawak
  Perutusan Sempena Hari Guru (Murabbi) Rangkaian SRI SMI Al-Amin Sarawak ”Guru Pembina Negara Rahmah” Segala puji dan syukur kepada Allah SWT, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah,
Pelancaran Kempen Semarak Ramadhan 1441H IKRAM Sarawak
Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tahun 2020 kali ini, IKRAM Sarawak telah melancarkan Kempen Semarak Ramadhan 1441H IKRAM Sarawak bagi menyemarakkan sambutan bulan mulia ini. Memandangkan keadaan Perintah
Kata Kaunselor: Hikmah di sebalik wabak Covid-19
  Kata Kaunselor: Hikmah di sebalik wabak Covid19   Seluruh dunia termasuk Malaysia dikejutkan dengan kehadiran Covid-19. Sebelum ini, kita hanya mendengar di media wabak ini melanda di China. Macam
Thursday, 16 July 2015 08:00

Aidilfitri Sambutan Untuk Meraikan Kembalinya Kita Pada Fitrah

Rate this item
(0 votes)

Selamat_hari_raya_aidilfitri_maaf_zahir_batin_daripada_IKRAM_Sarawak.jpg

Aidilfitri sudah menjelang tiba. Pastinya ramai yang bergembira dan berseronok di samping keluarga tercinta.

Makna Aidilfitri

Perkataan ‘Aid’ pada awal kata Aidulfitri adalah bermaksud perayaan. Perkataan ‘fitri’ pula pulang kepada makna Fitrah.

Melihat semula maknanya, maka hakikatnya Aidilfitri ini adalah perayaan merayakan fitrah. Fitrah apakah yang hendak dirayakan ini?

Mengapa namanya demikian?

Merenung Kembali Kepada Hakikat Ramadan

Ramadan umpama satu kem di mana orang-orang yang benar-benar menghidupkan Ramadan itu dilatih dan dididik untuk meningkatkan ibadah, memperbaiki diri dan membersihkan hati.

Sehingga apabila kita keluar daripada bulan Ramadan, lahirlah seseorang yang baru, bersih jiwanya dan kembali kepada fitrah yang hakiki iaitu menjadi hamba Allah SWT yang taat kepada perintah dan menjauhi larangan-Nya.

Justeru, Aidilfitri ini merupakan satu perayaan untuk kita meraikan mereka yang telah kembali kepada fitrah dengan berusaha bersungguh-sungguh menghidupkan Ramadan dengan amal ibadah dan memperbaiki diri.

Ia merupakan perayaan khusus bagi mereka yang telah memperolehi takwa setelah kita melalui bulan Ramadan.

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, dengan harapan kamu akan memperolehi takwa.” (Surah al-Baqarah: 183)

Hari itu, kita diarahkan bergembira, memakai pakaian yang baru dan cantik, memakai bau-bauan yang wangi dan diarahkan untuk berkumpul serta membesarkan Allah SWT sebesar-besarnya untuk mensyukuri pengembalian mereka kepada fitrah itu secara beramai-ramai. Kemudian pulang dari masjid untuk berziarah-ziarah.

Mengapa Pentingnya Takwa?

Istilah takwa itu datang daripada kata akar yang bermaksud perisai. Perisai itu fungsinya ialah untuk melindungi diri kita. Jika kita kaitkan konsep perisai dengan takwa, kita dapat fahami bahawa kita inginkan takwa supaya kita dapat melindungi diri kita. Tapi, lindungi diri kita daripada apa?

Kita berharap dengan adanya takwa dalam diri kita, kita mampu melindungi diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang Allah larang. Dengan adanya takwa juga, tubuh badan kita merasakan ringan untuk melakukan amal kebajikan.

Itulah fungsi takwa.

Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang mendapat takwa setelah berlalunya Ramadan. Hal ini kerana takwa merupakan bekal terbaik bagi kita melalui bulan-bulan yang mendatang dengan penuh ketaatan kepada-Nya.

Read 1311 times

1 Comment

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
Our website is protected by DMC Firewall!