wrapper

Berita Terkini

الإثنين 18 رجب 1442   |   Monday 01 March 2021
KELAZIMAN BAHARU PEMBELAJARAN IPT
Sesi pembelajaran di universiti bagi sesi 2020/2021 telah pun bermula sejak awal bulan Oktober yang lalu. Suasana baharu yang dilihat semasa permulaan sesi baharu ini adalah sesi pendaftaran pelajar baharu dan pelajar
SABAR HADAPI UJIAN
Pengenalan KINI sudah masuk gelombang ketiga penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia, ujian besar bagi manusia sejagat. Virus Covid-19 ini pandemik yang menakutkan.Hampir 1.2 juta kematian dilaporkan akibat
Hijrah Kepada Kebaikan
Dalam kita berniat berhijrah,kita berniat berhijrah, kadang-kadang ada “angin munafik sepoi-sepoi” hadir dalam hati kita. Bisikan ke cuping telinga sehingga akal menerbitkan ingin menangguh lagi. Daripada situ,
Perutusan Sempena Hari Guru (Murabbi) Rangkaian SRI SMI Al-Amin Sarawak
  Perutusan Sempena Hari Guru (Murabbi) Rangkaian SRI SMI Al-Amin Sarawak ”Guru Pembina Negara Rahmah” Segala puji dan syukur kepada Allah SWT, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah,
Saturday, 11 July 2015 08:00

IKRAM Junior Komited Anjur Program Pembangunan Diri Kanak-kanak

Rate this item
(0 votes)

Antara_aktiviti_yang_menarik_minat_mereka_ialah_aktiviti_memancing.jpg

Rasulullah SAW pernah bersabda, setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarna dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi (Makna hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hal ini bermakna, ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan anak-anak sebagai seorang manusia yang dicipta sebagai pemimpin dan untuk beribadah kepada Allah.

Malaysia ialah sebuah negara yang amat menitikberatkan soal pembangunan modal insan. Maka, kanak-kanak merupakan merupakan aset dan masa depan negara.

Oleh itu, pendidikan mengikut acuan yang betul merupakan satu keperluan dalam kehidupan mereka sejak dari kecil lagi.

Justeru, atas kesedaran ini, IKRAM Junior di beberapa daerah di Sarawak mengadakan beberapa program bertemakan Ramadan. Kesemua program ini bertujuan untuk mendidik anak-anak untuk mula sedar akan kepentingan bulan Ramadan dan memaknainya sejah dari kecil.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pada 4 Julai yang lepas, IKRAM Junior daerah Sibu mengadakan program Bestnya Ramadan bertempat di Masjid Muhajirin, Kampung Sentosa, Sibu.

Kehadiran kanak-kanak berusia 7-12 tahun seramai 80 orang peserta ternyata sangat menggalakkan.

Pada 5 Julai pula, IKRAM Junior Kota Samarahan dan Miri mengadakan program secara serentak di Kota Samarahan dan Miri.

IKRAM Junior Kota Samarahan mengadakan program Ramadan : Big Hero bertempat di Masjid Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan. IKRAM Junior Miri pula mengadakan program Ramadan : Kun Anta bertempat di Masjid al-Firdaus, Taman Tunku, Miri.

Kedua-dua program ini menarik lebih kurang 40 orang peserta daripada kalangan pelajar darjah satu hingga enam.

Sepanjang pelaksanaannya, semua peserta kelihatan teruja dalam menjalankan aktiviti yang disediakan terutama sekali dalam aktiviti memancing ikan.

Pelaksanaan program ini menepati kaedah didik hibur yang kini amat dititikberatkan di dalam sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sesungguhnya, kanak-kanak memerlukan suasana yang tenang dan santai dalam menerima ilmu pengetahuan sesuai dengan jiwa keanak-anakan mereka.

Program ini berjalan lancar dengan kerjasama yang sangat baik daripada peserta, pihak ibu bapa dan pihak penganjur.

Read 1652 times Last modified on Monday, 27 July 2015 12:52

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
DMC Firewall is a Joomla Security extension!