wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 20 رجب 1442   |   Wednesday 03 March 2021
KELAZIMAN BAHARU PEMBELAJARAN IPT
Sesi pembelajaran di universiti bagi sesi 2020/2021 telah pun bermula sejak awal bulan Oktober yang lalu. Suasana baharu yang dilihat semasa permulaan sesi baharu ini adalah sesi pendaftaran pelajar baharu dan pelajar
SABAR HADAPI UJIAN
Pengenalan KINI sudah masuk gelombang ketiga penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia, ujian besar bagi manusia sejagat. Virus Covid-19 ini pandemik yang menakutkan.Hampir 1.2 juta kematian dilaporkan akibat
Hijrah Kepada Kebaikan
Dalam kita berniat berhijrah,kita berniat berhijrah, kadang-kadang ada “angin munafik sepoi-sepoi” hadir dalam hati kita. Bisikan ke cuping telinga sehingga akal menerbitkan ingin menangguh lagi. Daripada situ,
Perutusan Sempena Hari Guru (Murabbi) Rangkaian SRI SMI Al-Amin Sarawak
  Perutusan Sempena Hari Guru (Murabbi) Rangkaian SRI SMI Al-Amin Sarawak ”Guru Pembina Negara Rahmah” Segala puji dan syukur kepada Allah SWT, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah,
Sunday, 24 May 2015 08:00

Knowing Me Knowing You Beri Pendedahan Piagam Wanita Islam

Rate this item
(0 votes)

Ahli_panel_untuk_sesi_soal_jawab__menampilkan_Dr._Hafidzah__Timbalan_Ketua_Wanita_IKRAM_Malaysia_Dr._Balkisnah_Ketua_Wanita_IKRAM_dan_Dr_Sadiah_Timb_KW_Sarawak_.jpgDunia hari ini secara umumnya sedang menyaksikan pemisahan perjuangan wanita yang bersifat ektrem yang terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu kelompok feminis radikal yang anti-agama dan anti-famili dengan kelompok konservatif yang pro-agama dan profamili.

Golongan feminis radikal ini berjuang atas paksi hak asasi milik individu dan kebebasan secara mutlak dan ternyata ia bertentangan dengan konsep pengabdian manusia kepada Allah SWT. Walaupun ia bersifat ekstrem dan bertentangan dengan konsep pengabdian manusia kepada Allah, ternyata ia berjaya menarik minat generasi muda yang amat sensitif dengan hak asasi dan kebebasan ini.

Golongan konservatif pula berpegang dengan konsep manusia tidak harus menentang suruhan Tuhan dan mesti menurut sahaja doktrin agama sehingga berlaku penafian terhadap hak wanita atas nama Tuhan dan agama.

Justeru, atas kesedaran ini, Wanita IKRAM Bintulu menganjurkan Seminar 'Knowing Me, Knowing You' bagi memberi pendedahan tentang Piagam Wanita Islam. Piagam ini menerangkan langkah dan penyelesaian yang lebih sejahtera yang digarapkan oleh Islam yang bersifat seimbang dan wasatiah.

Seminar ini diadakan di Auditorium Perpustakaan BDA, Bintulu pada 24 Mei yang lepas. Penerangan tentang Piagam Wanita Islam ini disampaikan oleh Dr. Hafidzah Mustakim, Timbalan Ketua Wanita IKRAM Malaysia.

Piagam ini menggariskan tiga penegasan utama iaitu pertama, mengiktiraf kepentingan peranan wanita dalam pembangunan diri, keluarga dan masyarakat yang mana peranan lelaki dan wanita saling melengkapi dalam mewujudkan umat pertengahan iaitu umat yang menegakkan keadilan, bersifat sederhana dan melaksanakan kebaikan.

Ia selari dengan firman Allah SWT dalam surah Taubah ayat 71, 'dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu diberi rahmat oleh Allahl sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha bijaksana'.

Kedua, ia mengiktiraf prinsip kesamarataan dan kesaksamaan lelaki dan wanita menurut nilai-nilai Islam dengan mengambil kira fungsi biologi dan peranan setiap jantina dan kemampuan mereka dalam memberikan khidmat terbaik kepada keluarga dan masyarakat.

Islam mengiktiraf lelaki dan wanita diciptakan mempunyai hak dan peluang yang sama rata untuk beribadah dan menjadi hamba yang terbaik serta hak-hak kehidupan yang asas seperti pendidikan, kesihatan dan mendapat layanan yang baik.

Namun pada masa yang sama, Islam juga meraikan perbezaan biologi lelaki dan wanita. Perbezaan biologi ini menuntut kesaksamaan dan keadilan dalam pembahagian peranan dan tanggungjawab masing-masing mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing.

Ketiga, ia turut mengiktiraf dan menuntut lelaki dan wanita berperanan dalam memantapkan dan mengukuhkan institusi keluarga.

Hubungan lelaki dan wanita dalam rumahtangga adalah suatu hubungan yang mulia, berkongsi hidup, saling berbagi tugas dan baik layanan serta menunaikan tanggungjawab dengan sempurna menurut syariat.

Lelaki sebagai pemimpin seharusnya menjalankan amanah yang terpikul di bahunya seperti memberi nafkah dan pelindungan serta terlibat dalam mendidik anak-anak. Manakala wanita pula sebagai pengurus rumahtangga yang melaksanakan tanggungjawab untuk memelihara, mendidik dan merawat anak-anaknya.

Kedua-dua lelaki dan wanita dalam keluarga seharusnya menjadi contoh terbaik supaya boleh menjadi ikutan dan teladan kepada anak-anak.

Seminar ini mendapat respons positif daripada peserta yang hadir. Seramai 100 orang wanita yang berasal daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Read 1693 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
DMC Firewall is a Joomla Security extension!