
'Wanita : Menelusui Perjalanan Malaysia Menuju Negara Rahmah, Menjayakan Piagam Wanita IKRAM'.
Itulah tema yang dipilih untuk Multaqa' Akhawat Sarawak telah berlangsung pada 23-24 Mei yang lepas bertempat di Madrasah al-Quran, Bintulu.
Multaqa' kali ini dihadiri oleh lebih 50 orang akhawat yang terdiri daripada ahli aktif dan ahli teras daripada seluruh Sarawak termasuk Kuching, Kota Samarahan, Bintulu, Sibu dan Miri.
Multaqa' yang berlangsung selama dua hari satu malam ini dimulai dengan perkongsian yang bertajuk 'Wanita : Kau Inspirasiku di Medan Ini' oleh Ustaz Ali Fathullah.
Dalam perkongsian ini, beliau menekankan bahawa wanita merupakan tonggak kepada sesebuah keluarga dan merupakan antara orang yang terpenting dalam mendokong dakwah seorang suami.
Program diteruskan lagi dengan perkongsian peranan wanita dalam menjayakan 'Malaysia Menuju Negara Rahmah' di mana pada slot ini menampilkan wanita-wanita muda IKRAM. Pelbagai perkongsian menarik serta aktiviti yang mengeratkan ukhuwah sesama peserta yang hadir.
Ia juga diserikan lagi dengan kehadiran JK Wanita Pusat, Dr Hafidzah Mustakim,Timbalan Ketua Wanita IKRAM Malaysia.