wrapper

Berita Terkini

الإثنين 12 ربيع الثاني 1441   |   Tuesday 10 December 2019
THEY SEE, THEY LEARN
KUCHING – Seramai hampir 106 orang pelajar sekolah sekitar Kuching telah menerima cermin mata percuma melalui Majlis Serahan Cermin Mata Percuma, They See, They Learn di Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak pada 6 Oktober
Kunjungan IKRAM Media Sarawak ke Pejabat Suara Sarawak
  Kuching, 5 Okt 2019 (Sabtu)-Penggerak IKRAM Media Sarawak telah membuat kunjungan ke Pejabat Suara Sarawak di Metrociity Matang. Pihak IKRAM Media Sarawak berbesar hati kerana mendapat pelbagai input dari segi
Perkampungan IKRAM Muda Sarawak 2019
Kota Samarahan, 28-29 September 2019- Seramai hampir 50 orang aktivis IKRAM Muda Sarawak berkumpul di Perkampungan IKRAM Muda Sarawak selama dua hari di Dewan Suarah Kota Samarahan. Perkampungan ini melibatkan aktivis
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK 16 Muharam 1441H / 16 September 2019 SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH  Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi
Wednesday, 20 May 2015 08:00

Program IKRAM Junior 15-18 Mei Yang Lepas

Rate this item
(0 votes)

Antara_yang_terlibat_bagi_menjayakan_Little_Caliph_Camp.jpg

IKRAM Junior Kuching mengadakan program Kem Aulad Bestari pada 18 Mei 2015 bertempat di Surau Hidayatul Rahman, Kampung Gersik Kuching. Bertemakan 'Kehebatan Saidina Umar al-Khattab', Kem Aulad Bestari ini berjaya menarik seramai 142 orang peserta daripada kalangan kanak-kanak sekitar yang berusia enam hingga ke 12 tahun.

Pada 15 Mei hingga 17 Mei pula, IKRAM Junior Bintulu dengan kerjasama Madrasah al-Quran dan Jawatankuasa Kemajuan Islam MLNG turut mengadakan program 'The Little Caliph Camp' bertempat di Madrasah al-Quran Bintulu. Ia disertai seramai 80 orang peserta dan bertemakan 'Islam Super, Aulad Power'.

Para peserta disajikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik yang berbentuk santai dan menggunakan pendekatan yang sesuai bagi kanak-kanak serta membentuk diri dan jiwa mereka.

Ternyata program ini mendapat respons yang positif daripada peserta yang hadir.

IKRAM Junior merupakan institusi yang bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia yang komited dalam memberikan manfaat yang signifikan terutamanya dalam penganjuran aktiviti dan program kearah pembentukan jiwa dan akhlak mulia kanak-kanak.

Kita semua sedia maklum bahawa kanak-kanak inilah yang akan menjadi tonggak kekuatan generasi dan ummah yang cemerlang di masa hadapan, selaras dengan moto IKRAM Junior iaitu “Giat Bermanfaat Generasi Hebat.”

Read 1980 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
DMC Firewall is a Joomla Security extension!