wrapper

Berita Terkini

الأحد 9 شوّال 1441   |   Sunday 31 May 2020
Perutusan Sempena Hari Guru (Murabbi) Rangkaian SRI SMI Al-Amin Sarawak
  Perutusan Sempena Hari Guru (Murabbi) Rangkaian SRI SMI Al-Amin Sarawak ”Guru Pembina Negara Rahmah” Segala puji dan syukur kepada Allah SWT, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah,
Pelancaran Kempen Semarak Ramadhan 1441H IKRAM Sarawak
Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tahun 2020 kali ini, IKRAM Sarawak telah melancarkan Kempen Semarak Ramadhan 1441H IKRAM Sarawak bagi menyemarakkan sambutan bulan mulia ini. Memandangkan keadaan Perintah
Kata Kaunselor: Hikmah di sebalik wabak Covid-19
  Kata Kaunselor: Hikmah di sebalik wabak Covid19   Seluruh dunia termasuk Malaysia dikejutkan dengan kehadiran Covid-19. Sebelum ini, kita hanya mendengar di media wabak ini melanda di China. Macam
Perutusan YDPN IKRAM Sarawak sesi 2020-2022
    IKRAM Sarawak, Bersedia Berkhidmat Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,   Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah mengurniakan rahmat dan nikmatNYA ke atas setiap diri
Wednesday, 20 May 2015 08:00

Perkhemahan SRIAAK Membentuk Ketahanan Fizikal dan Kreativiti Pelajar

Rate this item
(0 votes)

Antara_amali_yang_dijalankan_ialah_asas_mempertahankan_diri.jpg

Proses pendidikan ialah elemen yang sangat penting dalam membina jati diri dan peribadi pelajar. Oleh itu, sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu dan menyeluruh harus diwujudkan dalam usaha melahirkan insan yang bersifat rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

Justeru, pada 9 dan 10 Mei yang lepas, Sekolah Rendah Islam al-Amin Kuching (SRIAAK) mengadakan satu perkhemahan sebagai salah satu langkah untuk merealisasikan hasrat tersebut. Perkhemahan ini bertujuan untuk membentuk para pelajar agar mempunyai ketahanan fizikal yang tinggi dan kreatif dalam menyelesaikan masalah di samping tidak memandang ringan aspek spiritual.

 

Perkhemahan Sekolah Rendah Islam al-Amin Kuching (SRIAAK) yang julung-julung kali diadakan ini disertai oleh 23 murid yang terdiri daripada murid tahun 3 dan 4 yang ditemani oleh sembilan guru.

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah aktiviti pengisian rohani, kuiz, memasak, qiamullail dan beberapa aktiviti berbentuk amali termasuklah amali simpulan dan ikatan, perkhemahan, asas pertahanan diri dan bantu mula.

Menurut Ullifah binti Masykuri, salah seorang guru yang menyertai perkhemahan ini menyebut, para pelajar sangat berdisiplin dan mengikuti program dengan baik. Selain mereka juga kelihatan seronok sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Sekolah yang bertemakan “soleh wa musleh” yang bermaksud baik dan membaiki ini terletak di Lot 6790, Lorong Matang Jaya 4 telah beroperasi sejak tahun 2012 lagi. Ia didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Swasta dan Jabatan Agama Islam Sarawak.

Read 1931 times Last modified on Friday, 22 May 2015 09:39

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
DMC Firewall is a Joomla Security extension!