Print this page
Monday, 01 December 2014 08:00

Majlis Graduasi dan Penyampaian Hadiah SRIAAK dan Tadika Nurul Iman

Rate this item
(0 votes)

Penyampaian_hadiah_kepada_para_pelajar_copy_copy_copy.jpg

Sekolah Rendah Islam al-Amin Kuching (SRIAAK) dan Tadika Nurul Iman mengadakan Majlis Graduasi dan Penyampaian Hadiah untuk sesi 2014 pada 23 November yang lepas bertempat di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuching. Majlis sebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Sulaiman bin Saikh Kadir, Pegawai Penyelidik, Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Negeri Sarawak.

Seramai 550 orang yang terdiri daripada ibu bapa dan pelajar yang menghadiri majlis tersebut. Hadirin dihidangkan dengan lakonan yang mencuit hati oleh para pelajar cilik Tadika Nurul Iman Taman Amina yang mengisahkan kisah kehidupan mereka sebagai pelajar di tadika tersebut.

Anugerah pelajar contoh SRIAAK dianugerahkan kepada adik Puteri Aqilah binti Azman. Majlis seperti ini diharapkan dapat memotivasikan para pelajar untuk lebih cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga sahsiah pada masa akan datang.

SRIAAK merupakan sebuah sekolah swasta yang ingin mewujudkan suatu sistem persekolahan yang bersepadu antara akademik dan agama yang mampu melahirkan insan cemerlang dan menghayati cara hidup Islam yang sempurna.

Bahasa pengantar adalah bahasa Melayu di samping bahasa Inggeris dan bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Ia turut menggunakan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KSSR) dan pengajian syariah termasuklah subjek al-Quran, akidah, sirah, fikah dan lain-lain.

Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran dan as-Sunah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

Sekolah yang bertemakan soleh wa musleh yang bermaksud baik dan membaiki ini terletak di Lot 6790, Lorong Matang Jaya 4. Pendaftaran untuk kemasukan pelajar tahun satu tahun 2015 telah dibuka. Maklumat lanjut boleh dirujuk terus ke sekolah atau melalui talian telefon 082646158.

Read 2713 times Last modified on Saturday, 23 May 2015 23:57

Related items

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd