wrapper

Berita Terkini

الأحد 24 جمادى الأولى 1441   |   Monday 20 January 2020
THEY SEE, THEY LEARN
KUCHING – Seramai hampir 106 orang pelajar sekolah sekitar Kuching telah menerima cermin mata percuma melalui Majlis Serahan Cermin Mata Percuma, They See, They Learn di Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak pada 6 Oktober
Kunjungan IKRAM Media Sarawak ke Pejabat Suara Sarawak
  Kuching, 5 Okt 2019 (Sabtu)-Penggerak IKRAM Media Sarawak telah membuat kunjungan ke Pejabat Suara Sarawak di Metrociity Matang. Pihak IKRAM Media Sarawak berbesar hati kerana mendapat pelbagai input dari segi
Perkampungan IKRAM Muda Sarawak 2019
Kota Samarahan, 28-29 September 2019- Seramai hampir 50 orang aktivis IKRAM Muda Sarawak berkumpul di Perkampungan IKRAM Muda Sarawak selama dua hari di Dewan Suarah Kota Samarahan. Perkampungan ini melibatkan aktivis
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK 16 Muharam 1441H / 16 September 2019 SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH  Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi
Wednesday, 17 December 2014 08:00

“Kita Muslimah Kacak Baa” Tanam Rasa Izzah Sebagai Muslimah

Rate this item
(0 votes)

Sesi-fotografi-KMKB.jpgSIBU – IKRAMTeens Sibu mengadakan program khas untuk remaja ‘Kita Muslimah Kacak Baa’ (Kita Muslimah Cantik ) pada 12 Disember yang lalu. Program ini telah diadakan pada di Pejabat IKRAM daerah Sibu, Sarawak bersama 25 orang peserta yang berusia lingkungan 13-17 tahun.

Objektif program diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama peserta, memperkenalkan ciri-ciri peribadi Muslim serta menanam rasa ‘izzah para peserta sebagai seorang muslimah.

Tiga slot yang telah diadakan iaitu ‘Ukhuwah, apa ya?’, ‘Sahabiah? Sapa ya? Macam Kacak Jak?, dan ‘Juh Mesra al-Quran’.

Antara isi penting yang disampaikan ialah kisah sahabiah Rasulullah SAW dan menerapkan perasaan cinta dan perlu akan Al-quran dalam kalangan umat Islam khususnya remaja wanita. Hal ini kerana Al-quran merupakan panduan hidup serta penyelesaian kepada permasalahan kehidupan sehari-harian.

Menurut pengarah program, Khairunnisa Husbi, beliau berharap bahawa program ini benar-benar dapat memberi kesedaran kepada peserta untuk memperbaiki diri ke arah menjadi muslimah yang sebenar yang bukan sahaja cantik luarannya tetapi cantik juga akhlak dan budi pekertinya. Beliau turut berharap bahawa agar ia menjadi titik pemangkin untuk peserta untuk terus mencari kebenaran dalam hidup.

Read 1468 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd