wrapper

Berita Terkini

الإثنين 12 ربيع الثاني 1441   |   Tuesday 10 December 2019
THEY SEE, THEY LEARN
KUCHING – Seramai hampir 106 orang pelajar sekolah sekitar Kuching telah menerima cermin mata percuma melalui Majlis Serahan Cermin Mata Percuma, They See, They Learn di Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak pada 6 Oktober
Kunjungan IKRAM Media Sarawak ke Pejabat Suara Sarawak
  Kuching, 5 Okt 2019 (Sabtu)-Penggerak IKRAM Media Sarawak telah membuat kunjungan ke Pejabat Suara Sarawak di Metrociity Matang. Pihak IKRAM Media Sarawak berbesar hati kerana mendapat pelbagai input dari segi
Perkampungan IKRAM Muda Sarawak 2019
Kota Samarahan, 28-29 September 2019- Seramai hampir 50 orang aktivis IKRAM Muda Sarawak berkumpul di Perkampungan IKRAM Muda Sarawak selama dua hari di Dewan Suarah Kota Samarahan. Perkampungan ini melibatkan aktivis
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK 16 Muharam 1441H / 16 September 2019 SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH  Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi
Thursday, 02 April 2015 08:00

Kembara Dakwah Musleh (KDM) Kembali ke Kampung Semop

Rate this item
(0 votes)

Peserta-KDM-turut-melawat-Rumah-Panjang-Melanau-Lalo-Matu-1024x683.jpg

Kembara Dakwah Musleh (KDM) kembali ke Kampung Semop, Daro untuk tahun kedua. Program yang berlangsung hampir 10 hari ini bermula 11 Mac lepas dengan jumlah peserta seramai 27 orang yang diiringi seramai 4 guru.

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta untuk menyelami kehidupan masyarakat Melanau yang unik di samping mempelajari budaya dan bahasanya. Selain itu, program ini juga menjadi medium yang terbaik untuk saling memahami dan membantu dalam mempraktikkan ajaran Islam yang syumul di antara peserta dengan masyarakat setempat.

Sepanjang berkampung di Semop, para peserta KDM turut mengadakan aktiviti-aktiviti kepada penduduk termasuk kanak-kanak dan remaja.

Pelbagai aktiviti dianjurkan untuk penduduk sekitarnya. Antaranya, kelas solat dan mengaji, pertandingan mewarna, pertandingan memancing, sukaneka, ceramah agama, mengecat masjid dan lain-lain.

Menurut salah seorang peserta, Faruqi berkata, “Saya rasa sangat bertuah kerana mendapat peluang ini, datang ke Sarawak dan mengenali salah satu suku kaum negeri ini. Walaupun kita satu negara, kalau bukan dengan pertemuan ini, mungkin saya belum memahami kehidupan di sini”.

Dalam majlis perasmian penutupan KDM, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Daro, Sazali bin Mohamad menyebut, program sebegini merupakan salah satu anjakan transformasi sistem pendidikan negara iaitu “Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas meluas”.

Beliau berharap program sebegini dapat diperluaskan lagi sasarannya terutama di kawasan Daro yang jauh daripada bandar besar kerana beliau mendapati program ini memberi kesan positif kepada anak-anak penduduk di Kampung Semop.

Pihak penduduk Kampung Semop pula berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana manfaat yang diperoleh sepanjang KDM berlangsung sangat banyak khususnya buat remaja dan kanak-kanak di kampung.

Program sebegini memberi peluang untuk kepada kedua-dua pihak merapatkan ukhuwah dan kasih sayang sesama orang Islam.

Kembar Dakwah ini berjaya mencapai objektifnya hasil kerjasama yang padu daripada pihak Jawatankuasa Masjid Darul Al-Amin, Kampung Semop, IKRAM-Musleh dan IKRAM Sarawak.

Read 1512 times Last modified on Monday, 18 May 2015 10:59

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd