wrapper

Berita Terkini

الإثنين 5 جمادى الثانية 1442   |   Monday 18 January 2021
KELAZIMAN BAHARU PEMBELAJARAN IPT
Sesi pembelajaran di universiti bagi sesi 2020/2021 telah pun bermula sejak awal bulan Oktober yang lalu. Suasana baharu yang dilihat semasa permulaan sesi baharu ini adalah sesi pendaftaran pelajar baharu dan pelajar
SABAR HADAPI UJIAN
Pengenalan KINI sudah masuk gelombang ketiga penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia, ujian besar bagi manusia sejagat. Virus Covid-19 ini pandemik yang menakutkan.Hampir 1.2 juta kematian dilaporkan akibat
Hijrah Kepada Kebaikan
Dalam kita berniat berhijrah,kita berniat berhijrah, kadang-kadang ada “angin munafik sepoi-sepoi” hadir dalam hati kita. Bisikan ke cuping telinga sehingga akal menerbitkan ingin menangguh lagi. Daripada situ,
Perutusan Sempena Hari Guru (Murabbi) Rangkaian SRI SMI Al-Amin Sarawak
  Perutusan Sempena Hari Guru (Murabbi) Rangkaian SRI SMI Al-Amin Sarawak ”Guru Pembina Negara Rahmah” Segala puji dan syukur kepada Allah SWT, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah,
Monday, 06 April 2015 08:00

Mukhayyam Ansor Muhajirin - Meneladani Persaudaraan Ansor Muhajirin

Rate this item
(0 votes)

Antara aktiviti di stesen untuk explorace Cropped CroppedPerkhemahan Ansor Muhajirin melabuh tirai pada 29 Mac yang lepas setelah dua hari berkampung di Rockview Agrotek, Lundu bermula 28 Mac 2015.

Disertai oleh 45 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswi, perkhemahan anjuran IKRAM Kota Samarahan kali ini bertemakan ‘Ansor Muhajirin’ yang dipetik daripada kisah persaudaraan kaum Ansor dari Madinah dan kaum Muhajirin dari Mekah setelah peristiwa hijrah Rasulullah SAW.

Ia bertujuan untuk mengambil iktibar dan menjiwai persaudaraan para sahabat Nabi SAW sepanjang program berlangsung.

 

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perkhemahan ini iaitu sesi tazkirah tokoh sahabat Nabi SAW, Explorace Kembara Hijrah dan ‘Morning Walk’. Selain itu, para peserta juga menjalani latihan keyakinan di air bagi mendedahkan peserta kepada pengetahuan asas seperti mengapungkan diri, menyelam, berenang dan bernafas sebelum mereka dibenarkan untuk menjalani aktiviti kayak di laut.

Menurut salah seorang peserta, Annur Solehah, “Saya rasa sangat bertuah kerana dapat menyertai program seperti ini. Selain dapat mengeratkan ukhuwah sesama kami, program ini turut membuka mata saya bahawa banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad dan para sahabat dalam perjuangan menegakkan Islam.”

Para peserta pula berharap agar program seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang kerana banyak manfaat yang diperolehi sepanjang program.

Read 1831 times Last modified on Monday, 18 May 2015 10:56

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
Our website is protected by DMC Firewall!