Khamis 10/8/2017 @ Sekolah Rendah Islam Aman Machang
Alhamdulillah pada 10hb Ogos, team MAP Kelantan yang diwakili oleh Pn Nurhafiza telah diberi peluang untuk menyantuni anak-anak Sekolah Rendah Islam Aman Machang.
Peserta seramai 20 org semuanya terdiri daripada pelajar perempuan darjah 4-6.
Tema program adalah 'Sayangi Diri Hiasi Peribadi'. Program yang berlangsung selama sejam setengah menyentuh tentang 'Ada Apa Dengan Baligh' dan selitkan dengan beberapa video - Tujuan Hidup, Kerosakan Otak Akibat Pornografi, Sentuhan Selamat & Tak Selamat, nasyid Anak Soleh (Aeman).
Mereka sangat teruja dengan video-video dan juga tadabbur ayat-ayat AlQuran yg berkaitan dengan penjagaan diri,jangan hampiri zina, buat baik kepada ibubapa dan tujuan hidup.
Ada juga kuiz di akhir program yang membuatkan mereka sangat teruja.
Semoga penyampaian tadi berbekas di hati dan memberi kesan dalam kehidupan adik2.
Jika ada sekolah2 atau masjid2 atau pertubuhan2 yang memerlukan khidmat penerangan dan bengkel MAP sila hubungi JK Pembangunan dan Pembelaan Kanak2 , Dr Fatimah AzZahraa Dinsuhaimi di talian +60174252929
Wanita IKRAM Negeri Kelanta
Daurah Tajwid Mendekatkan Para Peserta Dengan AlQuran
Written by Admin KelantanMAJLIS RAMAH MESRA DAN HI-TEA WANITA IKRAM DAN NGO WANITA ISLAM KELANTAN
Written by Admin KelantanAlhamdulillah, dengan izin Allah swt satu pertemuan ramah mesra telah diatur dan berlangsung bagi mengeratkan hubungan diantara Wanita IKRAM dan NGO Wanita Kelantan seperti PERKEP, MACMA, HAWA, Yayasan Murni serta para AJK wanita masjid di Kelantan sperti Masjid Tapang, Masjid Telipot, Masjid ArRahman Bachok dan Masjid SBJ. Sebanyak 9 NGO telah hadir dengan diwakili oleh hampir seramai 50 orang tetamu jemputan hadir pada majlis ini.
25 April 2015, Kota Bharu - Mesyuarat Perwakilan Negeri IKRAM Kelantan berlangsung dengan kehadiran perwakilan dari 5 daerah IKRAM Kelantan. Jemputan perasmi istimewa dari, Timbalan Presiden IKRAM Malaysia, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus turut bersama berkongsi tentang profil IKRAM yang perlu difahami ke arah Malaysia Menuju Negara Rahmah. Ustaz Hasanuddin menyatakan para ahli IKRAM perlu menghayati perjuangan dengan merealisasikan susuk-susuk gagasan yang digariskan buat para ahli.
IKRAM Kelantan
INFO - |Sejarah | Keahlian | Hubungi |
ORGANISASI - |IKRAM Negeri Kelantan | Wanita IKRAM Kelantan | IKRAM Daerah|
INSTITUSI -|Raudhatus Sakinah Kelantan | IKRAM Siswa Kelantan | IKRAM Teens | IKRAM Junior | IBantu Kelantan Kelantan | Pusat Pendidikan Aman |
GALERI - |Foto Aktiviti | Video Channel IKRAMedia Kelantan | Video Channel IKRAMedia KB |
PERKONGSIAN - | Buletin IKRAM Kelantan|
Hebahan IKRAM Kelantan
KHAS BUAT ADIK-ADIK