wrapper

Berita Terkini

الخميس 9 شعبان 1441   |   Friday 03 April 2020
Thursday, 26 March 2020 15:31

Tip isteri bantu suami membeli barang

Written by Amir Farid
Rate this item
(1 Vote)

 

Berikutan wabak koronavirus (COVID-19) yang melanda dunia dan negara kita Malaysia, tentunya kita terkesan dengan situasi yang terjadi ini.

Ia ditambah lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan bagi memastikan rakyat berada di rumah masing-masing sejak 18 Mac lalu hingga 14 April 2020 dalam usaha membendung penularan wabak tersebut.

 

Untuk mendapatkan keperluan harian yang telah habis dalam simpanan, kerajaan telah menetapkan agar pembelian barangan perlu dilaksanakan oleh suami atau ketua keluarga.

 

Mungkin sebelum ini, suami hanya sekadar menemani, membayar dan mengangkat barangan yang dibeli. Tetapi dalam tempoh ini, hanya dibenarkan ketua keluarga sahaja yang melakukan tugasan tersebut untuk menghadkan pergerakan masyarakat di luar rumah.

 

Justeru, isteri bolehlah mengikuti tip yang berikut bagi memudahkan suami melaksanakan tugas yang jarang-jarang dilakukannya ini.

 

1. Letakkan setiap item barangan dengan nombor, bukan tanda sempang (-) atau tambah (+) atau seangkatan dengannya.

 

Suami akan mula set (tetapkan) dalam kepala "Okey, misi untuk mendapatkan 10 barang, bukan tujuh atau lapan”, dan sekurang-kurangnya suami boleh ingat item nombor lima tiada stok dan perlu dicari di kedai runcit lain.

 

2. Sediakan pensil atau pen untuk suami tanda barangan yang sudah dibeli dan jika tidak mahu terkurang atau terlebih beli.

 

3. Asingkan senarai barangan berdasarkan kategori. Lagi bagus, senaraikan barangan berdasarkan susunan di rak atau seksyen. Ini boleh mengelakkan suami mundar-mandir berulang kali mencari barangan yang dikehendaki.

 

4. Bagi beberapa opsyen untuk membeli barangan yang mempunyai kebarangkalian habis atau seringkali mengelirukan, sebagai contoh daun ketumbar dan parsli.

 

Suami yang prihatin sanggup meredah onak dan duri demi isteri dan anak, habis semua kedai dia akan masuk sekadar mencari si ketumbar tu nanti tak berasap dapur pula nanti.

 

5. Jika sesuatu barang atau bahan itu mempunyai banyak pilihan, lebih bagus sekiranya ia ditulis spesifik jenama sekiranya anda tidak mahu suami menghabiskan masa 15 minit terkial-kial memilih sesuatu barang yang banyak jenama.

 

6. Sediakan untuk suami beg mesra alam yang boleh memuatkan semua barang yang ingin dibeli dan elakkan penggunaan beg plastik yang boleh memudaratkan alam sekitar.

 

7. Ingatkan suami untuk mencuci tangan sebelum dan selepas membeli barang dan pulang ke rumah sama ada menggunakan hand sanitiser atau sabun.

 

Jika membeli-belah di pasar raya yang mempunyai sangat ramai pelanggan, amat digalakkan supaya si suami mandi dan pakaian suami direndam serta dibasuh apabila ia pulang nanti sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan risiko jangkitan wabak.

 

8. Akhir sekali, sentiasa panjangkan doa yang tidak putus-putus agar urusan suami anda dipermudahkan ketika di pasar raya nanti. Berikut adalah antara doa-doa yang dianjurkan bagi tujuan perlindungan dan kemudahan urusan kita:

 

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

 

"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Hadis Riwayat Abu Daud)

 

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

 

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. (Surah al-Kahf: 10)

 

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

 

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau jadikannya mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

 

Moga tip-tip ini dapat membantu memudahkan kerja suami untuk mendapatkan barangan keperluan harian dan mengelakkan risiko jangkitan wabak COVID-19.

 

Amir Farid Sabuddin

Read 337 times Last modified on Thursday, 26 March 2020 18:28

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!