wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 18 ذو الحجّة 1442   |   Tuesday 27 July 2021
Saturday, 01 May 2021 12:00

Wanita IKRAM mengecam semua bentuk gangguan seksual

Rate this item
(0 votes)

Kenyataan Media
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
1 Mei 2021

WANITA IKRAM MENGECAM SEMUA BENTUK GANGGUAN SEKSUAL

Wanita IKRAM amat terkejut dengan berita mengenai berita seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang membuat lawak jenaka mengenai rogol dan telah didedahkan oleh seorang pelajar perempuan melalui media sosial. Tambah menyedihkan lagi apabila tindakan berani pelajar perempuan ini kemudiannya menyebabkan beliau menerima ugutan rogol daripada seorang pelajar lelaki.

 

Hal ini tambah membimbangkan dengan reaksi berbelah bahagi daripada netizen di mana ada yang mempertahankan tindakan guru lelaki berkenaan dan ada yang mengecam pelajar perempuan tersebut. Suasana terus diburukkan lagi dengan tindakan tidak acuh oleh pihak berkuasa mengenai aduan ini.

 

Persoalannya, adakah masyarakat memang tidak tahu bahawa apa yang berlaku ini adalah gangguan seksual terhadap pelajar perempuan tersebut? Bagaimana agaknya perasaan mereka sekiranya semuanya ini berlaku kepada anak atau saudara perempuan mereka?

 

Tidak kira siapa pun mereka, tiada seorang wanita pun yang boleh dilemparkan dengan kata-kata jijik dan menakutkan seperti ugutan rogol dan kecaman sebegini. Kaum lelaki seharusnya bertindak sebagai pelindung wanita sebagaimana yang disebutkan dalam Surah An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud:

 

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita)..."

 

Kelebihan fizikal yang ada pada kaum lelaki bukan untuk menakutkan atau membahayakan wanita malah adalah untuk melindungi dan memastikan keselamatan mereka.

 

Dalam hal ini, tindakan bapa pelajar perempuan tersebut membuat laporan kepada pihak polis adalah sesuatu yang patut dicontohi dan seharusnya diberi sokongan padu oleh semua pihak. Sikap bertanggungjawab sebegini tidak seharusnya diperlekehkan oleh mana-mana pihak.

 

Wanita IKRAM memandang serius perkara sebegini dan menggesa agar:

 

1. Pihak berkuasa iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Polis Diraja Malaysia segera menjalankan siasatan tentang kes dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai isu ini.

 

2. Rang Undang-undang Gangguan Seksual segera diluluskan di Parlimen.

 

3. Pejabat-pejabat kerajaan dan syarikat swasta termasuk institusi pengajian tinggi dan sekolah mewujudkan jawatankuasa menangani gangguan seksual di tempat mereka bagi memastikan suasana tempat kerja dan belajar yang sejahtera bagi staf dan pelajar.

 

4. Ahli masyarakat terus diberi pendedahan dan didikan tentang isu gangguan seksual agar mereka tidak terlibat dan memandang mudah isu sebegini.

 

5. Umat Islam benar-benar menjiwai suasana Ramadan dan mengubah sikap yang buruk serta beramal dengan sifat-sifat yang terpuji agar kita menjadi umat yang berjaya.

 

Ustazah Hajjah Sallawahiu Mohd Salleh
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 257 times Last modified on Monday, 03 May 2021 16:26

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd