Print this page
Saturday, 20 March 2021 09:43

Beri ruang mahkamah adili kes Nik Khatijah

Rate this item
(3 votes)

 

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
20 Mac 2021 / 6 Syaaban 1442H

BERI RUANG KEPADA MAHKAMAH UNTUK MENGADILI KES KEMATIAN ALMARHUMAH NIK KHATIJAH NIK MUD

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti secara dekat berita mengenai kakitangan IKRAM yang telah dituduh di Mahkamah Majistret Kajang dalam kes kematian Almarhumah Nik Khatijah Nik Mud.

 

Pertuduhan tersebut adalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

IKRAM memandang serius atas apa yang berlaku dan akan berusaha bagi memastikan kebajikan kedua-dua belah pihak terpelihara.

 

IKRAM juga akan meningkatkan langkah-langkah kawalan dalaman bagi memastikan keselamatan semua kakitangannya terjaga.

 

IKRAM menyeru semua pihak termasuk ahli-ahli IKRAM untuk memberikan ruang sepenuhnya kepada mahkamah bagi mengadili kes kematian Almarhumah menurut undang-undang.

 

IKRAM berasa amat dukacita atas tragedi yang menimpa Almarhumah dan akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam memastikan keadilan kepada semua dapat ditegakkan.

 

Pada masa yang sama, IKRAM sentiasa percaya bahawa seseorang itu adalah tidak bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah oleh mahkamah, dan menyakini masyarakat dapat berpegang pada prinsip yang sama.

 

Justeru, IKRAM berharap ahli-ahli IKRAM khasnya dan semua pihak dapat bersabar sementara menanti prosiding kes selesai di mahkamah dan memohon agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum pasti bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada perjalanan prosiding kes.

 

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT memohon agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan.

 

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 1046 times Last modified on Saturday, 20 March 2021 10:06
DMC Firewall is a Joomla Security extension!