Print this page
Friday, 26 February 2021 09:43

Mac Bulan Kempen Anti Rasuah

Rate this item
(0 votes)

Kenyataan
Pertubuhan IKRAM Malaysia
26 Februari 2021 / 14 Rejab 1442H

MAC BULAN KEMPEN ANTI RASUAH

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memutuskan bahawa Mac 2021 adalah Bulan Kempen Anti Rasuah. Pada bulan ini, pelbagai usaha dan inisiatif akan dilaksanakan dalam usaha memerangi rasuah.

 

Tindakan ini adalah sebagai sokongan kepada usaha Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Dato' Hussamuddin Yaacub yang telah melancarkan gerakan Rasuah Busters.

 

Di peringkat IKRAM, usaha ini akan digerakkan oleh Pasukan Petugas Masyarakat Progresif dalam inisiatif Advokasi Nasional.

 

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang bulan Mac 2021. Antaranya adalah webinar Bicara Bina Negara, Wacana berkaitan rasuah, pertandingan filem pendek, pertandingan menulis dan banyak lagi.

 

Semua peringkat dalam IKRAM termasuk sayap-sayap serta institusi adalah disaran untuk bersama-sama menjayakan usaha ini agar seruannya tersebar luas.

 

Rasuah adalah satu perbuatan jijik dan akan membawa kepada keruntuhan negara.

 

Tanda pagar bagi kempen ini adalah:

#KitaTolakRasuah
#RasuahBusters

 

Moga usaha ini dapat membantu membasmi amalan rasuah di negara kita.

 

"Putuskan Rantaian Rasuah"

 

Pejabat Penerangan dan Perhubungan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 505 times Last modified on Friday, 26 February 2021 14:39

1 Comment

DMC Firewall is a Joomla Security extension!