wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 20 رجب 1442   |   Wednesday 03 March 2021
Tuesday, 26 January 2021 12:49

IKRAM sedia bergandingan dengan semua pihak hapuskan rasuah

Rate this item
(0 votes)

Kenyataan Media
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
26 Januari 2021 / 13 Jamadilakhir 1442H

IKRAM SEDIA BERGANDINGAN DENGAN SEMUA PIHAK HAPUSKAN RASUAH DALAM MASYARAKAT

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) menyambut baik dan menyokong penuh gerakan rakyat Sinar Untuk Malaysia #KarakterNilaiMoralBangsa yang diusahakan Dato’ Hussamuddin Yaacub.

 

IKRAM menyeru rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama untuk menyambut gesaan ini bagi menyelamatkan negara daripada amalan rasuah yang kini telah sampai ke kemuncak sehingga negara boleh tergadai dan mandat rakyat tidak dihormati.

 

IKRAM berpandangan, pencapaian markah 53/100 Malaysia pada tahun 2019 dalam tinjauan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sangat menyedihkan.

 

IKRAM turut memandang serius kenyataan Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar (Astro Awani, 30 November 2020) bahawa gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam di negara ini disifatkan seperti satu pandemik. Tindakan yang tegas oleh pihak berwajib perlu diambil segera bagi membendung gejala ini.

 

Rakyat negara ini, umat Islam khususnya perlu kembali menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sebenar yang bukan sahaja melarang mengambil rasuah, malah mengutuk pemberi rasuah.

 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin 'Amr radiallahuanhuma, Rasulullah SAW bersabda:

 

لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

Maksudnya: “Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

 

Dalam hadis lain yang turut diriwayatkan daripada Abdullah bin 'Amr radiyallahuanhuma, beliau berkata:

 

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - الرَّاشِىَ وَالْمُرْتَشِىَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)

 

Sehubungan itu, IKRAM berpendirian tegas bahawa rasuah adalah musuh utama negara. Bagi mengelakkan kehancuran, seluruh rakyat harus memegang sikap menolak sepenuhnya amalan rasuah dan para perasuah tanpa kompromi.



IKRAM menggesa kerajaan supaya mengambil langkah yang segera, tegas dan bersungguh-sungguh serta holistik agar gejala rasuah dapat dikawal dan seterusnya dihapuskan. Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 perlu dilaksanakan sepenuhnya dan dilaporkan pencapaiannya kepada rakyat.

 

IKRAM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk turut sama secara aktif dalam gerakan menghapuskan rasuah, termasuk menjadi mata dan telinga melaporkan kes yang diketahui kepada pihak berwajib.

 

IKRAM akan bekerjasama dengan semua pihak dalam perjuangan membanteras rasuah. Dalam masa terdekat, pelbagai program bakal dianjurkan termasuklah sesi wacana, bulan kempen anti-rasuah dan kempen integriti dan akhlak mulia pada bulan Ramadan al-Mubarak.

 

IKRAM mendoakan agar amalan rasuah ini dapat dihapuskan di tanah air yang tercinta ini dan seluruh rakyat dilindungi daripada keburukan amalan terkutuk ini.

 

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 817 times Last modified on Tuesday, 26 January 2021 12:53

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!