wrapper

Berita Terkini

الخميس 6 ربيع الأوّل 1442   |   Thursday 22 October 2020
Sunday, 04 October 2020 21:40

Tolak rasuah dan kepimpinan tidak berintegriti: Tingkatkan herdikan sosial

Rate this item
(2 votes)

 

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
5 Oktober 2020 / 17 Safar 1442H

TINGKATKAN HERDIKAN SOSIAL (SOCIAL SANCTION) DALAM MENOLAK PERLAKUAN RASUAH DAN KEPIMPINAN YANG TIDAK BERINTEGRITI

Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki baru-baru ini mengenai kes rasuah daripada ketirisan perolehan kerajaan membabitkan penjawat awam yang semakin kritikal, memerlukan perhatian serius semua pihak.

 

Beliau berkata, hampir 50 peratus kes ketirisan perolehan kerajaan melibatkan agensi-agensi kerajaan. Dalam analisa SPRM, ianya melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa pihak pemimpin tertinggi agensi kerajaan yang berkuasa dalam memutuskan sesuatu perkara dalam perolehan kerajaan.



Rasuah, ketirisan, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan bukan perkara baru dalam masyarakat Malaysia mahupun dunia. Kesemua gejala ini berkait rapat dengan kewibawaan kepimpinan sesebuah negara.

 

Kegagalan pemerintah atau pemimpin negara membendung gejala rasuah ini boleh menyebabkan sesebuah negara tergadai akhirnya, hilang ketamadunan mereka, malahan mungkin dijajah kembali oleh kuasa-kuasa tertentu kerana maruah negara sudah boleh dibeli.



Perkembangan mutakhir ini juga amat membimbangkan apabila dilihat masyarakat sudah tidak lagi memandang perlakuan rasuah sebagai amalan kotor dan menjijikkan, sebaliknya bersedia mengangkat pemimpin yang tidak berwibawa dan tidak berintegriti dalam memikul tanggungjawab dan amanah menjaga maruah negara.

 

Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), YBhg Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam program Bicara Bina Negara anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia yang diadakan pada 30 September baru-baru ini telah mengatakan bahawa tiga faktor berlakunya jenayah ialah kerana suasana sekeliling sangat selesa untuk ia melakukannya, pengesanan terhadapnya kurang dan yang paling penting, masyarakat TIDAK mengherdik jenayah tersebut.

 

Apabila herdikan masyarakat tidak kuat, ia menjadikan seolah-olah perbuatan tersebut diterima sebagai perbuatan yang normal.

 

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan ini menggesa supaya:

 

(i) Pihak Kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa yang sedang berlaku dalam kalangan pemimpin tertinggi agensi kerajaan yang berkuasa seperti yang dilaporkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM. Mereka yang terlibat dengan bukti yang nyata perlu dibawa ke muka pengadilan supaya menjadi tauladan kepada yang lain untuk tidak melakukan amalan yang sama;

 

(ii) Pihak kerajaan segera dan lebih serius dalam melaksanakan Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang telah dilancarkan pada 29 Januari 2019 oleh YAB Perdana Menteri ketika itu, dan diterima pelaksanaannya oleh kerajaan sekarang. Pelan ini telah menyediakan satu kerangka tindakan yang lebih berkesan dalam membendung perlakuan rasuah; dan

 

(iii) Rakyat Malaysia di segenap lapisan masyarakat bangkit dan kembali peka, membenci dan memerangi perlakuan rasuah dalam masyarakat. Katakan "TIDAK" kepada perlakuan rasuah dan "TIDAK" kepada pemimpin yang tidak berintegriti demi menyelamatkan masa depan negara tercinta. Kuatkan herdikan sosial dalam menolak rasuah.

 

Semoga segala tindakan yang diambil walau sekecil mana sekalipun dapat mengembalikan negara ini ke arah kecemerlangan yang mendapat keredaan Allah SWT dalam usaha kita membina Malaysia menjadi Negara Rahmah.

 

Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim
Naib Presiden
Ketua Advokasi Kepimpinan Kompeten dan Berintegriti
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 396 times Last modified on Monday, 05 October 2020 07:40

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!