wrapper

Berita Terkini

الخميس 12 ذو القعدة 1441   |   Thursday 02 July 2020
Saturday, 23 May 2020 17:50

Raih takwa dengan norma baharu

Rate this item
(0 votes)

Perutusan Aidilfitri
Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
1 Syawal 1441H / 24 Mei 2020

RAIH TAKWA DENGAN NORMA BAHARU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Kami daripada keluarga warga kakitangan Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia mengucapkan:

تقبل الله منا ومنكم من العائدين والفائزين

"Semoga Allah menerima (ibadah Ramadan) daripada kami dan daripada kamu, (semoga kita) dalam golongan yang kembali (fitrah) dan beruntung"

buat semua ahli dan tampuk kepimpinan Pertubuhan IKRAM Malaysia, jiran-jiran kami di sekitar ibu pejabat, keluarga, rakan taulan, pihak yang telah berurusan dengan kami serta semua insan yang telah berjaya melalui Ramadan 1441H walau di mana anda berada.

 

Keberadaan Ramadan yang telah berlalu dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah keunikan yang tidak patut mengurangkan keberkatan dan semangat bulan yang mulia ini.

 

Sudah dibuktikan oleh generasi yang terdahulu bahawa Ramadan adalah mercu tanda kegemilangan, usaha yang gigih, tanggungjawab manusiawi serta pulang kepada fitrah menghampirkan diri pada-Nya dengan takwa.

 

Kita juga ada kemampuan menempa sejarah membina norma-norma baharu yang 'baik-baik' untuk semua generasi mendatang. Maka, teruskanlah segala pecutan dan perlumbaan untuk kebaikan dan islah walaupun Ramadan telah berlalu.

 

Sempena Syawal ini, marilah kita bersama zahirkan takbir, tahmid, tasbih sambil menadah tangan tanda syukur atas peluang yang telah diberikan dan ruang yang masih sentiasa terbuka. Hidup adalah perjuangan dan tidak kurang daripada itu.

 

Diam-diam di rumah sahaja
Kerja pejabat masih teruskan
Ampun maaf kini dipinta
Jika terguris atas kesilapan

 

Penjarakan sosial terma baharu
Gerak ke mana ke sini ke situ
Berpisah kita jangan terharu
Ukhuwah dan doa insya-Allah padu

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri al-Mubarak 1441H

 

Shahrul Aman Mohd Saari
Ketua Pegawai Operasi
Ibu Pejabat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 231 times Last modified on Saturday, 23 May 2020 19:02

1 Comment

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd