wrapper

Berita Terkini

الخميس 12 ذو القعدة 1441   |   Thursday 02 July 2020
Saturday, 23 May 2020 17:41

Rai lebaran dalam perbezaan

Rate this item
(0 votes)

Perutusan Aidilfitri Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
1 Syawal 1441H / 24 Mei 2020

RAI LEBARAN DALAM PERBEZAAN 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Sempena kedatangan Aidilfitri 1441H ini, saya mewakili kepimpinan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) marafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kurnian kesihatan, perpaduan, keamanan, kebahagiaan dan kegembiraan serta kesempatan beribadat pada bulan Ramadan yang baru berlalu kepada ahli- ahli IKRAM dan seluruh rakyat Malaysia.

 

Walaupun negara kita masih belum pulih sepenuhnya daripada wabak COVID-19, kita tetap bersyukur kerana masih berupaya beribadat dan melakukan amal kebajikan sepanjang Ramadan serta menyambut Hari Raya, walaupun dengan cara yang sangat berbeza yang tidak pernah kita lalui sebelum ini.

 

Saya berdoa semoga Allah SWT menerima amal ibadah dan amal kebajikan kita serta menamatkan wabak yang melanda kita ini secepat mungkin. Bergembiralah menyambut kemenangan pada Aidilfitri ini dan patuhilah peraturan serta panduan menjaga kesihatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

 

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 290 times Last modified on Saturday, 23 May 2020 22:57

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!