wrapper

Berita Terkini

الإثنين 5 ذو القعدة 1442   |   Monday 14 June 2021

SERI KEMBANGAN - Tentunya setiap manusia yang berkahwin menginginkan rumah tangganya bahagia hingga ke akhir hayat.

Namun begitu, realitinya tidak semua mengecapi situasi sedemikian, diuji dengan kekejaman suami dan beberapa faktor lain yang mendorong ke arah gagal atau hancurnya sebuah mahligai yang dibina.

 

Keadaan negara yang masih di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga memburukkan lagi keadaan sehingga isu keganasan rumah tangga ini dipanggil sebagai pandemik di dalam pandemik.

 

“Kami menzahirkan rasa kesal terhadap isu-isu yang terjadi ini. Masyarakat semakin tenat hingga sikap perikemanusiaannya hilang,” kata Pengerusi Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI), Puan Azlina@Roszy Mohamad Ghaffar.

 

Selain itu, kerana penyalahgunaan dadah, isteri sering menjadi mangsa keadaan, yang adakalanya bukan sedikit kepedihan dan kesakitan yang terpaksa ditanggung serta dihadapi hingga membawa maut.

 

“Sebagaimana isu yang sungguh menyayat hati kita semua rakyat Malaysia, Siti Khadijah binti Abd Manaf yang berusia 32 tahun, setelah koma sejak hari pertama dikejarkan ke wad kecemasan pada bulan lalu dan pada 14 Mei lalu, bertepatan 2 Syawal dan telah pergi menghadap Ilahi.”

 

Namun lagi mengejutkan, laporan doktor mendapati banyak masalah kesihatan dikesan pada jenazah. Anak-anak arwah yang berusia 7, 4 dan 3 tahun turut mengalami nasib yang sama, sering dipukul oleh bapa mereka.

 

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita),” kata Azlina.

 

Dalam pada itu, Astro Awani pada 12 Mei 2021 turut melaporkan berita yang mengejutkan, seorang wanita hamil yang parah dipercayai dipukul suaminya dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor.

 

“Wanita tersebut mengalami keretakan tulang belakang, rahang, bahagian muka dan lebam di muka selain cedera di bahagian anggota badan lain. Wanita tersebut juga terpaksa menjalani pembedahan kerana berlaku pendarahan dalam otak.”

 

Jelas Azlina lagi, kelebihan fizikal yang ada pada lelaki bukanlah untuk menakutkan atau membahayakan wanita apatah lagi isteri dan anak-anaknya, malah adalah untuk melindungi serta memastikan keselamatan mereka.

 

“Teratai memandang serius dan menyeru agar pihak berkuasa mengenakan tindakan yang tegas kepada lelaki yang telah mengakibatkan isterinya menjadi mangsa hingga meninggal dunia itu,” tegasnya.

 

Tidak terkecuali, pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan kepada si pelaku jenayah terhadap perempuan, isteri dan anak-anak yang berleluasa kini.

 

“Ahli keluarga seharusnya cakna, ambil berat, percaya aduan mangsa dan menyarankan serta membantu membuat laporan polis.”

 

Justeru, masyarakat sekitar perlu mengambil peduli akan jirannya dan membantu menghubungi pihak berkuasa apabila mendapati berlaku sesuatu yang tidak diingini di rumah jiran.

 

“Teratai juga menyeru agar semua pihak hendaklah mendidik diri juga ahli keluarga mengenai kes keganasan, penderaan terhadap wanita, remaja dan kanak-kanak adalah sesuatu jenayah yang serius dan wajib ditangani segera,” demikian ujarnya.

 

Sebelumnya, daripada Januari sehingga Mei 2021, hotline TERATAI telah menerima 18 pemanggil yang memohon bantuan kerana terlibat dengan masalah keganasan rumah tangga.

 

“Jumlah tersebut meningkat 8 peratus daripada tempoh yang sama pada tahun lepas.”

 

Beliau turut mengingatkan agar masyarakat kembalilah kepada fitrah manusiawi yang berjiwa lembut dan mengasihani perempuan serta keluarga dengan sewajarnya sebagaimana sabda Nabi SAW:

 

“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku (Nabi SAW) adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kamu meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya).” (Hadis Riwayat Tirmidzi, No. 3895)

 

*Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI) adalah sebuah NGO berdaftar yang memfokuskan kepada usaha advokasi berkenaan keganasan rumah tangga serta memberikan khidmat rumah perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak yang terkesan ke atas isu ini.

Info lanjut
Web: https://rumahteratai.com/teratai
FB: https://fb.com/terataiuntukummah

Last modified on Friday, 11 June 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!