wrapper

Berita Terkini

الإثنين 5 ذو القعدة 1442   |   Monday 14 June 2021

BAMAKO - Kolonel Assimi Goita yang telah menggulingkan dua presiden Mali baru-baru ini mengisytiharkan akan mengambil alih kuasa sehingga pilihan raya secara demokratik yang dijangka berlangsung, setelah beliau dilantik sebagai presiden sementara pada Isnin di sini.

Mahkamah Perlembagaan negara itu menyatakan bahawa Goita, komandan pasukan khas, 38, sebagai presiden bulan lalu setelah menggulingkan Presiden sementara Bah Ndao, tetapi dia secara rasmi mengangkat sumpah pada hari Isnin semasa upacara yang diadakan di ibu kota, Bamako.

 

Apa yang mengejutkan, beberapa jam setelah dilantik, Goita melantik pula pemimpin pembangkang dan mantan menteri Chogoel Maiga sebagai Perdana Menteri.

 

Namun, pelantikan Maiga sebagai perdana menteri belum tentu akan memuaskan rakyat Mali dan sekutu tentera negara seperti Perancis dan Amerika Syarikat, yang menuntut pemerintahan yang dipimpin oleh orang awam.

 

Berikutan itu, Goita mendapat tekanan daripada negara-negara yang risau akan tercetusnya rusuhan politik di Mali seterusnya akan melemahkan ketahanan ketenteraan di Sahel bagi memastikan pilihan raya pada Februari tahun depan berlangsung sebagaimana yang dijadualkan.

 

Akan tetapi para penasihatnya telah mengisyaratkan bahawa jadual yang telah dirancang itu mungkin berubah.

 

"Situasi ini memberi kita peluang untuk membawa peralihan kembali ke jalan yang diinginkan rakyat," kata Goita.

 

Beliau turut menyatakan komitmen untuk menerapkan langkah-langkah yang diperlukan untuk kejayaan fasa peralihan kuasa tersebut, terutama pilihan raya yang adil, telus dan dapat dipercayai yang akan berlangsung tepat waktu yang seharusnya.

Last modified on Wednesday, 09 June 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd