wrapper

Berita Terkini

الإثنين 5 ذو القعدة 1442   |   Monday 14 June 2021

 

SERI KEMBANGAN - Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) telah melancarkan kempen advokasi dan kesedaran vaksinasi Covid-19 di seluruh negara.

Menurut Yang Dipertua IKRAM Health, Dr Mohd Afiq Mohd Nor, NGO kesihatan itu akan bekerjasama dengan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di peringkat negeri, kawasan serta institusi-institusinya yang lain untuk membantu dalam menjayakan kempen ini.

 

“Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan masyarakat tentang isu-isu Covid-19 dan vaksinasi, dengan harapan ia dapat meningkatkan lagi keprihatinan dan bilangan pendaftaran vaksinasi Covid-19 di negara kita,” jelas beliau.

 

Tambahnya, program-program kebajikan dan kemasyarakatan yang dijalankan oleh IKRAM atau institusi IKRAM ini nanti dicadangkan akan dapat disertakan sekali dengan kempen pendaftaran vaksinasi. 

 

“Sehubungan dengan itu, IKRAM Health telah menyeru ahli-ahlinya untuk turut sama turun membantu kempen ini dalam program-program yang diadakan di lokaliti masing-masing,” ujar Mohd Afiq.

 

Beliau berharap agar ikhtiar dan usaha ini dapat membantu negara dalam mencapai imuniti kelompok atau 'herd immunity' dengan lebih cepat seterusnya mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 ini. 

 

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah kempen pendaftaran vaksinasi Covid-19 semasa Program Bakul Rahmah IKRAM Prihatin anjuran bersama IKRAM Shah Alam pada 4 Mei lalu.

 

Ahli-ahli IKRAM Health turut digerakkan di seluruh negara bagi memberikan penerangan kepada masyarakat dan menyediakan platform soal jawab isu-isu berkaitan Covid-19 dan vaksinasi. 

 

Di samping itu, IKRAM Health juga sedang giat membantu masyarakat untuk mendaftar vaksinasi melalui MySejahtera dan laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) iaitu https://www.vaksincovid.gov.my/.

 

Penasihat Advokasi dan Kesedaran Vaksinasi IKRAM Health, Dr Safiya Amaran turut ke udara dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 hari ini mengupas mengenai keberkesanan dan kesan sampingan pasca vaksinasi AstraZeneca.

 

Info lanjut: https://fb.com/IKRAMHealth 

Last modified on Tuesday, 18 May 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!