wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 7 شوّال 1442   |   Tuesday 18 May 2021

SERI KEMBANGAN - Buku yang bertajuk ‘Tunas Kadet Remaja Sekolah’ dan ‘Memanah Tradisional’ hasil karya panel penulis KRS MUSLEH telah diumumkan sebagai finalis Anugerah Buku Malaysia 2020 bagi kategori Buku Pendidikan Sekolah (Rendah & Menengah) dalam sesi undian pertama baru-baru ini.

Anugerah buku-buku tersebut termasuk dalam genre pendidikan sekolah seperti buku teks, buku aktiviti, buku latih tubi, buku penilaian dan buku rujukan untuk peringkat sekolah rendah dan menengah.

 

"(Pemilihan) ini hakikatnya telah melonjakkan aktivisme KRS/TKRS dan membuahkan hasil dengan adanya bahan-bahan rujukan yang lengkap kepada para anggota dan guru khususnya KRS/TKRS MUSLEH," kata Pengerusi KRS MUSLEH merangkap Ketua Panel Sekretariat Penulisan KRS MUSLEH, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa.

 

Beliau turut menjelaskan bahawa penulisan buku rujukan Tunas KRS ini tercetus kerana bahan-bahan rujukan agak terhad di pasaran.

 

“Kebanyakannya dihasilkan oleh badan-badan induk pasukan badan beruniform seperti Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).”

 

Penilaian dan pemilihan karya dibuat secara langsung oleh syarikat penerbitan yang berdaftar dengan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA).

 

"Maka, Sekretariat KRS MUSLEH telah mengambil inisiatif berbincang dengan pihak penerbit bagi membantu menghasilkan buku-buku rujukan yang berkualiti,” jelasnya.

 

Menurutnya, pada peringkat awal penerbitan buku ini untuk edisi pertama, buku Tunas KRS ini telah melalui proses semakan oleh Sekretariat KRS Malaysia dan mendapat sokongan daripada Bahagian Sukan Kokurikulum dan Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

“Edisi ketiga ini adalah yang terkini dan telah melalui proses penulisan dan penyuntingan yang lebih rapi oleh panel penulis KRS Musleh dan pihak penerbit," tambah beliau lagi.”

 

Dalam pada itu, buku ‘Memanah Tradisional’ yang dihasilkan bersama oleh Abd Rahaim Md Isa, Kamaruzaman Che Ya, Muhammad Rubaie Abd Rahaim, Mohd Faizul Md Taib dan Mohd Amirul Faizal Mohd Shaarani ini turut berjaya dilaksanakan apabila kemahiran memanah tradisional telah dijadikan sebagai satu kemahiran tambahan dalam sukatan KRS/TKRS memandangkan bahan-bahan rujukan berkaitan sukan tradisional ini amat kurang di Malaysia.

 

"Buku ini bukan sahaja mendedahkan kemahiran-kemahiran berkaitan memanah tetapi juga penekanan kepada aspek pengetahuan asas, keselamatan dan sejarah perkembangannya sebagai satu warisan tradisi kepahlawanan Islam dulu, kini dan akan datang," jelas beliau.

 

Sehubungan dengan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua ahli panel penulis dan pihak penerbit serta berharap agar usaha menghasilkan buku rujukan yang berkualiti tinggi untuk generasi akan datang ini dapat diteruskan.

 

Anugerah Buku Malaysia merupakan pengiktirafan yang diberikan terhadap karya terbitan Malaysia pelbagai kategori yang memperlihatkan mutu, karya dan penerbitan yang tinggi.

 

Sesi undian kedua bagi Anugerah Buku Malaysia 2020 akan bermula sedikit masa lagi bagi menentukan siapa di antara para finalis yang akan menjadi pemenang bagi setiap kategori anugerah yang dipertandingkan manakala acara Majlis Anugerah Buku Malaysia 2020 akan disiarkan secara dalam talian di laman Facebook Anugerah Buku Malaysia pada 21 April ini.

 

Dua buku yang terbitan syarikat Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd ini telah dicalonkan oleh syarikat itu dan bersaing dengan ratusan calon judul buku yang lain bagi kategori Anugerah Buku Pendidikan Sekolah (Rendah dan Menengah) sebelum berjaya tersenarai sebagai finalis.

Last modified on Saturday, 10 April 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd