wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 7 شوّال 1442   |   Tuesday 18 May 2021


SUNGAI BULOH - Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Tuan Kamsani Nasir menyerahkan 10 alatan pengukur pelitup muka (spreading caliper (rounded)) kepada Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur A/P Prem Singh pada Ahad, di sini.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Ikram Malaysia kerana menghulurkan alatan tersebut yang sangat diperlukan bagi mengukur saiz muka untuk membuat pelitup muka khas bagi barisan hadapan yang mengendalikan kes Covid-19, selain ia menepati standard antarabangsa.

 

Selepas serahan, Encik Wan Guo Tung (ahli farmasi) melakukan demo cara penggunaan alat pengukur berkenaan yang kemudiannya akan diserahkan kepada Dr Lim yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam penggunaan alat berkenaan.

 

"Program ini merupakan rentetan daripada program Seribu Harapan, Sejuta Senyuman iaitu serahan bantuan pek makanan kepada Hospital Sungai Buloh selama enam bulan," kata Kamsani.

 

Jelasnya, program tersebut yang dilancarkan pada bulan Februari yang lalu telah memberi manfaat kepada tiga golongan iaitu peniaga kecil yang terjejas akibat Covid-19, pemandu bas yang terjejas akibat sekolah ditutup dan barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh ini.

 

Tambahnya, Yayasan Ikram Malaysia ketika ini sedang menjayakan kempen Rayuan Ramadan yang sudah bermula minggu lepas. Mereka yang ingin menyumbang dalam kempen ini boleh menyalurkannya melalui pautan https://www.billplz.com/RR2021 atau https://www.i-bantu.org.my/reg.

Last modified on Friday, 09 April 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd