Print this page

SERI KEMBANGAN - Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas akibat Covid-19 dengan lebih 30.7 juta kes diikuti Brazil dan India dengan masing-masing merekodkan 12.95 juta kes dan 12.48 juta kes.

Ini menjadikan kumulatif kes positif Covid-19 global kini melebihi 131 juta berikutan pertambahan ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

 

Manakala angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.85 juta kes.

 

Berdasarkan data tersebut, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 554,000 kes diikuti Brazil dengan lebih 330,000 kes, Mexico lebih 204,000 kes.

 

Seterusnya India, United Kingdom dan Itali pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian. Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Rusia, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Colombia.

 

Ini termasuk Iran, Argentina, Afrika Selatan, Poland dan Peru, manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Indonesia, Ukraine dan Turki, manakala negara lain merekodkan angka kematian di bawah 20,000 ribu kes.

 

Di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,349 kes baharu Covid-19 dan dua kematian direkodkan hari ini.

 

“1,270 kes sembuh turut dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih daripada Covid-19 di negara ini sebanyak 335,162 manakala keseluruhan angka kematian mencecah 1,288 orang.”

 

Dalam pada itu, sebanyak 10 kluster baharu dikenal pasti pada Ahad melibatkan lima kluster tempat kerja, empat komuniti dan satu pusat tahanan.

Last modified on Monday, 05 April 2021
DMC Firewall is a Joomla Security extension!