Print this page

 

SERI KEMBANGAN - Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengingatkan para pelajar, guru dan warga sekolah agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada setiap masa bagi memastikan sesi persekolahan dapat diteruskan dengan selamat.

“Pelajar terutamanya perlu sentiasa mematuhi SOP sewaktu tiba di sekolah dan semasa proses penyuraian selepas tamat sesi persekolahan bagi mengelak penularan Covid-19 dalam kalangan mereka dan juga warga sekolah.”

 

Menurutnya, kementerian sudah sediakan SOP yang cukup lengkap dan teratur.

 

“Apa yang penting adalah pematuhan, ibu bapa juga perlu sentiasa mengingatkan anak-anak mereka supaya mematuhi SOP ditetapkan,” ujar Radzi lagi.

 

Dalam pada itu, beliau menekankan kepada pihak sekolah bahawa setiap SOP yang ditetapkan itu mestilah dipatuhi dan murid perlu sentiasa diingatkan agar mematuhi SOP tersebut.

 

Beliau berkata demikian selepas melawat sebuah sekolah di Bandar Baru Bangi pada hari pertama pembukaan semula sekolah menengah untuk Kumpulan B. Turut bersama, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

 

Semalam, pembukaan semula sekolah menengah yang melibatkan Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B iaitu negeri selain  kumpulan A memulakan sesi persekolahan pada hari ini.

 

 Kredit foto: Bernama

Last modified on Monday, 05 April 2021
Our website is protected by DMC Firewall!