wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 7 شوّال 1442   |   Tuesday 18 May 2021

KUALA LUMPUR - Kempen Rayuan Ramadan anjuran Yayasan Ikram Malaysia yang memasuki tahun ke-22 pada tahun ini mensasarkan untuk mengumpul sumbangan berjumlah RM1.5 juta bagi membantu lebih ramai lagi insan-insan yang memerlukan.

“Ini kerana, situasi semasa memperlihatkan ramai yang telah terjejas akibat pandemik Covid- 19, hilang pekerjaan serta sumber pendapatan untuk menyara diri dan keluarga dan memerlukan santunan bagi meneruskan kehidupan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Tuan Kamsani Nasir.

 

Menurutnya, keseluruhan agihan hasil daripada Kempen Rayuan Ramadan tahun 2020 telah memberi manfaat kepada lebih 50,813 orang daripada 1,531 keluarga. Bantuan yang diberikan berupa sumbangan pek makanan, iftar dan sahur, bantuan bencana serta bantuan kepada OKU.

 

“Kempen Rayuan Ramadan telah dilaksanakan semenjak tahun 1999 lagi yang mana ketika itu ia diselenggarakan di bawah jenama i-Bantu.”

 

Jelasnya, kempen ini telah berjaya memberi impak besar kepada golongan B40 termasuk OKU dari segi pendidikan, infrastruktur, kesihatan serta bantuan keperluan kepada mereka yang ditimpa kepayahan dan berkeperluan.

 

“Alhamdulillah, sehingga tahun 2020, pelbagai agensi termasuklah dari luar negara telah bekerjasama dan memberikan kepercayaan untuk menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan melalui Yayasan Ikram Malaysia,” tambah Kamsani.

 

 

Pelancaran kempen itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Ikram Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom bertempat di Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) pada Sabtu, 27 Mac lalu.

 

“Orang yang berinfak sewaktu dalam keadaan sukar, bagi mereka pahala yang besar di sisi Tuhannya. Mereka tidak akan ada rasa ketakutan untuk menjadi miskin serta berdukacita,” kata beliau yang memetik ayat 274 daripada surah al-Baqarah.

 

Tambahnya lagi, mereka yang mampu untuk memberi akan senantiasa dialu-alukan sementara yang memerlukan bantuan pula akan diraikan keperluan mereka.

 

Majlis itu turut dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Profesor Madya Haji Ainullotfi Abdul Latif dan juga penerima-penerima bantuan yang menerima bantuan fidyah dan peranti pembelajaran.

 

 

Cikgu Suzana Saad@Adam selaku guru pengiring Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Ikram Malaysia atas sumbangan peranti pembelajaran yang telah disumbangkan kepada murid-murid terpilih daripada sekolahnya.

 

Ketika ditemu bual, salah seorang murid memaklumkan bahawa sebelum ini beliau hanya berkongsi satu komputer riba ibu dengan bergilir-gilir bersama enam orang adik-beradik yang lain.  

 

Mereka yang berminat untuk menyumbang bagi Kempen Rayuan Ramadan, bolehlah melayari pautan https://yayasan.ikram.org.my/rayuan-ramadan/ atau menyalurkannya ke akaun Yayasan Ikram Malaysia (562142404402 - Maybank) dengan rujukan ‘RR21’.

Last modified on Thursday, 01 April 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd