wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 20 رجب 1442   |   Wednesday 03 March 2021

 

KUALA LUMPUR - “Terima kasihlah kerana membantu dan prihatin atas pemandu-pemandu teksi seperti kami. Syukur kepada Allah,” kata salah seorang penerima Projek Kongsi Bersama anjuran Yayasan Ikram Malaysia pada 11 Februari (Fasa 1) dan 19 Februari (Fasa 2) yang lalu.

Menurut Ketua Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Tuan Kamsani Nasir, beliau memanjatkan kesyukuran kerana Projek Kongsi Bersama Fasa 1 dan Fasa 2 kepada pemandu-pemandu teksi yang terjejas ini telah berjaya disempurnakan.

 

Terpancar senyuman di raut wajah mereka ketika menerima bantuan berupa pek makanan dan sumbangan wang yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikram Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom untuk Fasa 1,  dan Fasa 2 pula kedua disampaikan oleh Kamsani diiringi Hj Mahmud Ibrahim.

 

 

Tambah Kamsani, lebih separuh daripada 100 telah menerima manfaat daripada projek ini yang berkonsepkan pandu lalu (drive-thru). Rata-rata mereka ini adalah daripada Persatuan Pemandu Teksi Bekas Tentera Wilayah Persekutuan (KL) dan Selangor yang mencari rezeki sebagai pemandu di sekitar Lembah Klang.

 

Kira-kira seawal pukul 10.00 pagi, pemandu teksi sudah mula bersusun menanti giliran untuk menerima bantuan di perkarangan pejabat Yayasan Ikram Malaysia, Taman Melawati.

 

 

 

"Saya ucapkan ribuan berterima kasih kepada pihak Yayasan Ikram Malaysia atas sumbangan ini kepada kami yang sangat memerlukan," kata Haji Radzi selaku Yang Dipertua persatuan pemandu teksi tersebut.

 

Bagi pihak Yayasan Ikram Malaysia, Kamsani merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada menyumbang budiman yang telah menghulurkan tangan dan meringankan beban mereka.

 

“Sedikit sebanyak jasa anda ini membantu menceriakan kembali garis wajah gembira buat mereka,” ujarnya.

 

 

Katanya, minggu hadapan adalah fasa terakhir (Fasa 3) penyerahan bantuan bagi yayasan itu kepada pemandu-pemandu teksi dan beliau memohon doa semua agar program bantuan tersebut berjalan lancar hingga ke penghujung.

 

Bagi membantu pemandu teksi yang memerlukan pada musim PKP ini, masih belum terlambat untuk menyalurkan sumbangan seperti maklumat berikut.

 

Nama Akaun: Yayasan Ikram Malaysia
Nama Bank: Maybank Islamic Berhad
No. Akaun: 5621 4240 4402
Ref: Teksi

Last modified on Saturday, 20 February 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd