wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 7 شوّال 1442   |   Tuesday 18 May 2021


SERI KEMBANGAN - Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini melepasi 106 juta kes, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 26.98 juta kes, diikuti India dengan 10.82 juta kes dan Brazil dengan lebih 9.44 juta kes, manakala negara yang melebihi angka 3 juta kes ialah United Kingdom, Rusia dan Perancis.

 

Selain itu, negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Serbia, Jepun, Hungary, Arab Saudi, Jordan, Panama, Emiriah Arab Bersatu dan Lubnan. Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, sebagaimana negeri-negeri lain di Pantai Timur, terdapat peningkatan mendadak kes COVID-19 selepas 7 Disember 2020.

 

“Tujuh kluster yang berpunca daripada pergerakan rentas negeri ke Pahang di antara 7 Disember 2020 hingga 6 Februari 2021 ialah Kluster INTEN, Kluster Semambu, Kluster Tembok Mempaga, Kluster Rantau Lada, Kluster Bukit Gelugor, Kluster Sawmill Luit dan Kluster Kampung Bukit Lada.”

 

“Manakala peningkatan kes baharu penularan tempatan menunjukkan telah berlaku transmisi dalam komuniti di negeri ini,” ujarnya ketika meluangkan masa melakukan lawatan kerja rasmi ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. 

 

Menurutnya, pematuhan kepada SOP oleh semua pihak tanpa mengira kedudukan adalah amat penting dalam memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19.

 

“Patuhlah kepada SOP sebagai normal baharu. Bersama-samalah kita melindungi diri kita, keluarga kita dan komuniti kita,” sarannya.

 

Berikutan itu juga, KKM menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu mengelakkan 3S (Sesak, Sempit dan Sembang Dekat) dan mengamalkan 3W (Wash, Wear & Warn).

 

“Semoga dipermudahkan segala urusan menentang Covid-19. Pasangkan niat kerana Allah SWT dan ikhlaskan hati serta berusaha bersungguh-sungguh sebelum bertawakal kepada yang Maha Esa,” kata Dr Noor Hisham menerusi status Facebooknya.

 

Beliau turut menyarankan rakyat Malaysia duduk di rumah dan jika terpaksa keluar, patuhilah segala SOP.

 

“Kes seharian semakin meningkat dan kita perlukan tahap disiplin yang tinggi untuk memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara kita.”

Last modified on Monday, 08 February 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!