wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 20 رجب 1442   |   Wednesday 03 March 2021


SERI KEMBANGAN - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui status Facebooknya menyeru pasukannya untuk memasangkan niat berkhidmat kerana Allah SWT.

“Segala beban kerja akan dipermudahkan jika disertakan dengan niat sebelum memulakan tugas.

 

"Marilah kita bertawakal kembali kepada ALLAH SWT. Ajal maut kita ditentukan oleh ALLAH SWT," tulisnya.

 

Dalam pada itu, beliau turut kongsikan sepotong ayat al-Quran, surah Ali Imran ayat 185, yang bermaksud bahawa setiap yang jiwa pasti akan merasakan mati.

 

Selain itu, sepotong ayat daripada surah al-Baqarah ayat 156 yang bermaksud, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" turut disertakan.

 

Situasi Covid-19 di negara ini kian meruncing selepas prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan dan rentas sempadan dibenar sejak 7 Disember lalu.

 

Sebelumnya, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memberi maklum balas terhadap rintihan seorang doktor mengenai keletihan dialami petugas kesihatan dalam mengendalikan kes Covid-19 di Hospital Sungai Buloh.

 

“Kami mengambil berat persekitaran kerja dan keperluan petugas kesihatan,” kata Pengarah Kesihatan Selangor, Dr Sha'ari Ngadiman menerusi satu kenyataan disiarkan di Facebook.

 

Menurutnya, JKNS sangat mengambil berat persekitaran kerja, keperluan asas serta penjagaan kesihatan dan keselamatan anggota kesihatan yang bekerja di mana-mana fasiliti kesihatan di negeri Selangor.

 

"Ini juga adalah demi memastikan semua fasiliti dapat memberikan rawatan yang cekap dan berkualiti kepada pesakit.”

 

Bagi memastikan sumber manusia mencukupi ujarnya, JKNS telah membuat pengagihan semula (reployment) pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan, pembantu perawatan kesihatan dalam negeri mahupun dari negeri lain, serta pengambilan pegawai kontrak baru oleh ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Hospital Sungai Buloh.

Last modified on Friday, 22 January 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!