wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 20 رجب 1442   |   Wednesday 03 March 2021


SERI KEMBANGAN - Yayasan IKRAM Malaysia (i-Bantu) Negeri Pahang telah melaksanakan misi bantuan untuk mangsa banjir di negeri itu memasuki hari ke-10 pada Rabu lalu.

Misi ini turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), IKRAM Subang Jaya dan Kolej Matrikulasi Pahang.

 

“Beberapa aktiviti telah dapat digerakkan antaranya ialah sumbangan pakaian terpakai dan wang tunai daripada Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang kepada TYDP IKRAM Pahang bagi mangsa banjir yang diadakan di Kolej matrikulasi Pahang,” ujar wakil i-Bantu Pahang.

 

Turut diadakan penyerahan pek kebersihan diri oleh wakil IKRAM Pahang kepada mangsa banjir di PPS Penjara Penor. Seterusnya, mesyuarat penyelarasan projek pengumpulan sumbangan dan agihan baju-baju dan peralatan terpakai Negeri Pahang bersama YDP Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah diadakan di Kuantan.

 

“Penyerahan 80 pek makanan asas oleh sukarelawan IKRAM Temerloh dengan kerjasama Pengerusi dan AJK Masjid Bunga Raya di Taman Bunga Raya turut diadakan.”

 

Seterusnya, IKRAM Kuantan telah membuat penyerahan sumbangan wang tunai RM1,000 oleh IKRAM Subang Jaya kepada IKRAM Pahang bagi kegunaan misi bantuan banjir di Pahang.

 

“Alhamdulillah kutipan terkini Rayuan Bantuan Banjir Pahang 2021 telah mencapai sasaran sebanyak RM50,000. Terima kasih kepada para penyumbang atas sumbangan untuk membantu mangsa banjir di Pahang.”

 

Namun, bantuan sukarelawan terutama daripada zon merah tidak dibenarkan bagi mengelakkan penularan COVID-19 dari kawasan luar ke kawasan banjir di negeri ini.

 

“Semua aktiviti dan serahan dilaksanakan mengikut garis panduan, SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.”

 

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan di Pahang, boleh melayari https://billplz.com/BanjirPahang2021.  Info lanjut misi boleh didapati di https://fb.me/iBantuPahang.

 

“Ayuh kita bantu dari segi kewangan untuk meringankan beban rakyat Pahang yang terjejas akibat banjir ini. Moga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang baik, insya-Allah.”

 

Dalam perkembangan lain, i-Bantu turut memberikan sumbangan di Perak, berikutan banjir yang berlaku di Langkap, yang mana banjir di daerah ini antara yang terburuk dalam sejarah.

 

Baru-baru ini Chikus, Langkap, Ayer Hitam dan beberapa kawasan di daerah Hilir Perak dilanda banjir berikutan air sungai yang naik mendadak.

 

Untuk membantu mangsa banjir melalui Yayasan IKRAM Malaysia, sila klik pautan https://www.i-bantu.org.my/reg.

Last modified on Friday, 15 January 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!