wrapper

Berita Terkini

الإثنين 12 جمادى الثانية 1442   |   Monday 25 January 2021

KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya Hidayah Centre Foundation (HCF) telah menganjurkan Rakan Hidayah Convention (RHC 2020) yang telah berlangsung secara dalam talian pada 19 Disember 2020.

Seramai 468 orang peserta dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak telah mengikuti konvensyen secara norma baharu menerusi aplikasi Zoom dan secara langsung di laman Facebook HCF.

 

“Antara program yang menjadi tumpuan ketika konvensyen ialah forum bertajuk Sukarelawan: Minat Atau Tanggungjawab?” ujar sekretariat yang terlibat.

 

Forum yang menampilkan barisan panelis yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif HCF Tuan Haji Nicholas Sylvester, aktivis sosial Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Dr Fauziah Hassan, juga Ebby Lee yang bertindak selaku moderator.

 

“Forum yang diadakan mendapat maklum balas yang begitu baik daripada semua peserta selepas mendengar perkongsian pengalaman para panelis yang turun ke lapangan kesukarelawanan.”

 

Dalam konvensyen itu, HCF telah mengiktiraf usaha-usaha aktivis mahupun pasukan Rakan Hidayah (RH) yang cemerlang di seluruh Malaysia melalui Anugerah Rakan Hidayah 2020.

 

Dalam kategori Anugerah RH Mithali, Muhammad Asyraf Tan Abdullah menerima anugerah itu bagi Wilayah Utara, Faz Haribah Che Omar (Wilayah Tengah), Hj Che Azimi Che Soh (Wilayah Timur), Dr Adam Wong Yoon Khang (Wilayah Selatan) dan Nasyitah Abdullah (Borneo).

 

Bagi kategori Pendakwah Harapan, Muhammad Amran Abdul Rahman menerima anugerah itu bagi Wilayah Utara, Zarinna Abu Zarin (Wilayah Tengah), Nur Hidayah Abdullah (Wilayah Timur), Irene Diamson (Wilayah Selatan) dan Mustaghfirin Fathullah Basri (Borneo).

 

Selain itu, RH Shah Alam telah dinobatkan sebagai RH Kawasan Terbaik Keseluruhan sementara RH Kajang sebagai RH Kawasan Terbaik Santunan Mualaf, RH Bandar Tun Razak sebagai RH Kawasan Terbaik Outreach dan RH Bintulu dinobat sebagai RH Kawasan Harapan.

 

“Walaupun seluruh dunia kini diuji ancaman wabak Covid 19, ia sama sekali tidak menghalang para sukarelawan Rakan Hidayah untuk terus bergerak aktif dalam pelbagai usaha untuk menyampaikan Islam dan menyantuni mualaf.”

 

Semoga anugerah yang diberikan dapat memotivasikan sukarelawan Rakan Hidayah dan juga merancakkan lagi usaha menyampaikan Islam dan santunan mualaf di seluruh Malaysia.

 

Bagi mereka yang ingin menyaksikan konvensyen RHC 2020, boleh menonton di pautan berikut: https://fb.watch/2AcnmVfrSV/.

Last modified on Friday, 25 December 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd