wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 ربيع الثاني 1442   |   Wednesday 25 November 2020

SERI KEMBANGAN - Jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah 1,315,767 kes menurut statistik daripada Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 246,073 kes diikuti Brazil dengan 165,658 kes. Berikutan itu, angka kematian akibat pandemik COVID-19 di seluruh dunia meningkat sebanyak 1.3 juta kes.

 

Menurut The COVID Tracking Project, rata-rata sebanyak 1,100 orang Amerika mati setiap hari akibat COVID-19 ketika angka kematian meningkat dengan cepat.

 

“Kes dan kemasukan ke hospital terus meningkat dengan pesat juga, memecahkan rekod hampir setiap hari dan mengatasi peningkatan jumlah ujian yang dijalankan.”

 

Banyak negeri telah menetapkan syarat yang ketat dengan menggunakan topeng muka, kawalan pergerakan di seluruh bahagian bagi menghentikan tersebarnya virus ini.

 

Di Malaysia sehingga 15 November 2020 jam 12.00 tengah hari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 harian sebanyak 1,013 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 34,785 kes (73.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

 

Sebanyak 1,208 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 47,417 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,323 kes.

 

Seterusnya, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 381 kes (31.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 661 kes (54.7 peratus) positif dan daripada jumlah ini, sebanyak 594 kes adalah daripada kluster-kluster (89.9 peratus).

 

Manakala kluster yang melaporkan kes yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela di Kuala Lumpur iaitu sebanyak 460 kes.

 

Kuala Lumpur juga melaporkan enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes import tersebut melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara India (3 kes), Bangladesh (1 kes), Nepal (1 kes) dan Indonesia (1 kes).

 

Melalui status Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri  Dr Noor Hisham Abdullah, beliau berkata:

 

“Not very often we get public appreciation on the work we do. It certainly does motivate the team and workforce. More importantly we are serving as part of our calling in life. Thank you for the trust and we will always do our best despite the challenges and limitations.”

 

Semalam Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing telah memohon maaf susulan kenyataannya mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan itu takut mati pada 11 November lalu ketika perbahasan Belanjawan 2021.

 

Menerusi satu kenyataannya, beliau berkata, permohonan maaf itu bagi memastikan persidangan Dewan Rakyat berjalan lancar dan demi kepentingan serta keharmonian negara.

 

"Saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata saya ketika perbahasan Belanjawan 2021.”

Last modified on Monday, 16 November 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd