wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 ربيع الثاني 1442   |   Wednesday 25 November 2020


SERI KEMBANGAN - Bagi mengangkat martabat kerjaya suri rumah ke peringkat lebih tinggi, Konvensyen SURI 2020 (KONSURI 2020) telah berlangsung dengan jayanya menerusi dalam talian pada 17 Oktober lalu dengan tema ‘Dari Suri Untuk Semua’.

Selain itu, matlamat konvensyen ini ialah bagi menangkis stigma masyarakat terhadap kerjaya suri rumah yang dipandang enteng dan juga menjadikan suri rumah sebagai kerjaya pilihan pada masa hadapan.

 

Menurut Pengerusi Suri Rumah Rahmah (SRR), Nurul Huda Ahmad Nawawi, KONSURI 2020 berjaya dilaksanakan walaupun terdapat pelbagai halangan.

 

“(Halangan itu) antaranya ialah tidak dapat berbincang berhadapan kerana perbincangan dilakukan di alam maya,” ujar beliau.

 

Beliau berkata, pelbagai strategi dirancang dan pelbagai perkara tetap disusun rapi dalam konvensyen yang mensasarkan 300 suri rumah muda ini.

 

Tambahnya lagi, peserta yang mendaftar diberikan pautan ke Facebook group khas KONSURI 2020.

 

“Apa yang menariknya, KONSURI 2020 kali ini dijayakan sepenuhnya oleh para suri rumah dan disertai daripada kalangan suri rumah juga,” ujarnya.

 

Terdapat tiga slot yang diketengahkan dalam konvensyen kali ini iaitu ‘Suri, Dirimu Begitu Berharga’ yang disampikan oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun, ‘Suri Sihat Fizikal dan Mental, yang disampaikan oleh ahli psikologi klinikal, En Akif Basri dan ‘Bersama Ummi Profazz’.

 

“Sebuah konvensyen yang sangat best. Penuh dengan informasi yang mantap. Penceramah yang sangat best. Tahniah penganjur!” respons Nik Fatma Amirah yang menjadi peserta KONSURI.

 

Dalam pada itu, Wawa Shauqi pula berkata, inilah konvensyen yang menawarkan cadangan solusi kepada golongan yang jarang diberi tumpuan untuk dibantu.

 

“Terima kasih banyak-banyak pada pihak penganjur. Sebolehnya, saya nakkan ia berlangsung lebih lama. Tak puas. Sangat best. Ummi Profazz tu ibarat beri wake up call kepada ibu-ibu seperti saya yang selama ini lebih banyak fokus pada kesulitan jadi suri rumah. Lepas ni, insya-Allah lebih terinspirasi untuk berusaha dan jadi suri yang lebih kuat,”  jelasnya.

 

Menurutnya lagi, ia perlu dianjurkan berterusan kerana semangat mudah surut dan naik. Apabila selalu ada program sebegini, ia membantu juga mengekalkan momentum dan motivasi sebagai suri rumah.

 

“Pada saya, platform ini juga sesuai untuk ibu-ibu berkerjaya. Banyak info, tip, nasihat serta panduan yang boleh diikuti dan diamalkan. Tak terasa masa cepat berlalu. Sedar-sedar sudah di penghujung program,” luah, Zinnatul Asyikin Abdul Malik.

 

Menurutnya, ini adalah antara hikmah COVID-19, rupa-rupanya Allah SWT hendak lorongkan suri ummah supaya dapat mengikuti konvensyen ini walaupun sedang sibuk menguruskan rumah tangga.

 

“Tahniah untuk jentera penggerak konvesyen ini dan tahniah juga kepada suri ummah yang hadir. Mohon diadakan lagi konvensyen seperti ini di masa akan datang.”

 

KONSURI 2020 digerakkan oleh jawatankuasa dari seluruh pelusuk negara, yang mana tidak tertumpu hanya di satu negeri sahaja. Ia digerakkan oleh suri di luar Selangor seperti Terengganu dan secara global oleh suri luar negara iaitu Qatar.

 

Walaupun berbeza zon waktu, ia bukanlah penghalang untuk konvensyen ini dijayakan dan pihak penganjur berharap agar program ini mampu menjadi batu loncatan atas keterlibatan suri menyumbang secara efektif kepada masyarakat bagi pembangunan negara yang mampan.

Last modified on Friday, 23 October 2020

1 Comment

  • Comment Link Anisah Khalid Sunday, 25 October 2020 08:30 posted by Anisah Khalid

    MashaAllah. Walaupun online, input nya mantap! Ramai peserta yang aktif juga. Hampir sepanjang masa sekitar 200peserta online serentak.
    Alhamdulillah cik suami tolong jaga anak2 sementara kita berkonvesyen.
    Slot 1 dgn tajuk Suri, Sihat Mental Sihat Fizikal. Topik ni dekat dengan suri. Seperti yang kita tahu, pentingnya kesihatan mental dan fizikal suri dalam menguruskan rumah tangga.
    Slot 2 dgn tajuk Suri, Ibu Cemerlang, Anak Gemilang. Alhamdulillah. Banyak tips dari pasangan ibu dan anak profazz.
    Slot 3 dengan tajuk Suri, Dirimu Begitu Berharga. Alhamdulillah. Ustazah Asma pesan kita kena sayang diri kita, peluk diri kita. Banyak tips ustazah beri dalam melatih diri menjadi suri yang bahagia.
    Alhamdulillah. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan input program. Dapat juga berkenalan dengan suri lain walaupun tidak dapat duduk di dewan yang sama. Betul2 follow #NormaBaru.
    Bila kita bersama orang yang di kapal yang sama dengan kita, kita tidak rasa keseorangan. Alhamdulillah. Semoga semua peserta suri akan lebih cemerlang selepas ini Aamin.
    Terima kasih pada semua krew dan panel jemputan. Semoga Allah merahmati kalian.
    #Anisah0136216522

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!