wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 ربيع الثاني 1442   |   Wednesday 25 November 2020


SERI KEMBANGAN - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagi mengekang penularan COVID-19, Kementerian Kesihatan (KKM) mahu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah diperketatkan lagi.

“Perkara itu akan diusulkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat,” katanya.

 

Beliau berkata, KKM akan perketatkan dan benarkan sektor ekonomi sahaja.

 

“Segala bentuk perhimpunan melibatkan jumlah peserta yang besar perlu dikurangkan supaya penularan COVID-19 dapat diputuskan.”

 

Mesyuarat Khas MKN telah memutuskan pemilik dan pengusaha fasiliti sukan komersial dalam kawasan PKPB iaitu padang bola sepak komersial, gimnasium dan gelanggang futsal serta dewan badminton komersial dibenar beroperasi semula mulai hari ini.

 

“Selain itu, prosedur operasi standard (SOP) bagi penjara akan dikaji semula bagi memastikan jangkitan di tersebut dapat dikurangkan,” kata Dr Noor Hisham.

 

Berikutan pelaksanaan PKPB, institusi pendidikan ditutup selain majikan diminta mengaktifkan pelan bekerja dari rumah dan penggiliran bagi pekerja mereka berkuat kuasa di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 Oktober lalu selama 14 hari, sementara di Sabah bermula dari 12 hingga 26 Oktober ini.

 

"Orang ramai dinasihatkan patuh SOP sepanjang masa termasuk pemakaian pelitup muka, kerap mencuci tangan serta mengelakkan perhimpunan.”

 

Dalam pada itu, mobilisasi penolong pegawai perubatan KKM dan pasukan kesihatan awam KKM dari Semenanjung Malaysia ke Sabah terus digerakkan.

 

“Cabaran petugas kesihatan di lapangan adalah amat sukar. Risiko jangkitan amat tinggi dalam pelbagai keadaan. Semoga segala cabaran dan dugaan dapat diatasi dengan sebaik mungkin dan dipermudahkan,” ujar beliau melalui status Facebooknya hari ini.

 

Menurutnya, sebanyak 871 kes baharu telah dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 20,498 kes.

 

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,049 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.”

 

Secara keseluruhannya, sebanyak 97 kes (11.1 peratus) adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman, Kluster Penjara Seberang Perai dan Kluster Penjara Kepayan.

 

“Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat. Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 9.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Jika dilihat pecahan utama jumlah kes, negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 702 kes (80.6 peratus),” ujarnya.

 

Terdapat 86 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di ICU, di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

 

“Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian berkaitan COVID-19, yang menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 187 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.”

 

Laporan dunia pula berpandukan data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini menghampiri angka 40 juta dan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam dengan kes positif global kini berjumlah 39.8 juta.

 

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih lapan juta kes jangkitan, seterusnya diikuti India dengan 7.4 juta kes manakala Brazil merekodkan lebih 5.2 juta kes.

 

Turut melepasi angka 500,000 kes adalah Perancis, Afrika Selatan, United Kingdom dan Iran, manakala negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 ialah Kanada, Belgium, Romania, Maghribi dan Poland.

Last modified on Monday, 19 October 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd