wrapper

Berita Terkini

الخميس 6 ربيع الأوّل 1442   |   Thursday 22 October 2020


ISLAMABAD - Ulama terkenal Pakistan, Maulana Dr Muhammad Adil Khan terbunuh di dalam kereta bersama pemandunya, Maqsood Ahmed pada Sabtu lalu.

Beliau yang baru pulang daripada sebuah program pada Sabtu malam, yang mana ketika itu, keretanya dihujani peluru yang ditembak lelaki bersenjata yang menaiki motosikal berhampiran Pasar Shah Faisal di Karachi.

 

Beliau yang juga Pengarah Universiti Farooqia Karachi, berperanan menyatukan umat Islam dengan mazhab, ideologi dan pendekatan yang berbeza di Pakistan.

 

“Orang bersenjata yang tidak dikenali telah melepaskan tembakan kepada keretanya berhampiran Shah Faisal di Karachi hingga mengakibatkan Maulana Adil, pengarah Universiti Al-Faruqiya, dan pemandunya, Maqsoud terbunuh,” sebagaimana memetik laporan PTV.

 

Berikutan kejadian itu, beberapa aktivis, sarjana Pakistan dan Arab menangisi kematian Dr Adil Khan di media sosial.

 

“Kita adalah milik Allah SWT dan kepada-Nya kita akan kembali. Insya-Allah, asy-Syahid Dr Muhammad Adil adalah seorang pemimpin ulama yang berani dan membela para sahabat,” kata jurucakap rasmi Persatuan Ulama Islam Pakistan, Sheikh Hafeez Hussain Ahmed.

 

Seorang ahli Persatuan Ulama Jordan, Dr Osama Abu Bakar pula berkata:

 

“Semoga Allah mengasihani Syeikh Muhammad Adil Khan, yang dibunuh oleh kejahilan dan pengkhianatan. Sesungguhnya beliau berusaha untuk menyatukan kata-kata umat Islam dan menyebarkan kebaikan di antara mereka.”

 

“Beliau adalah salah seorang cendekiawan paling lama di Pakistan dan membela kebenaran para sahabat serta menyatakan sikapnya yang mulia, berani dalam pelbagai isu tanpa rasa takut dengan ancaman yang bakal diterima dari semasa ke semasa,” kata Sayed Abdul Majid Al-Ghouri.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan turut mengutuk pembunuhan ulama itu dan mengecam pihak yang cuba untuk mencetuskan konflik mazhab di Pakistan.

 

“Bahagian perisikan Pakistan telah melakukan pelbagai usaha dengan terjadinya serangan seumpama itu dalam beberapa bulan terakhir ini.”

 

Pihaknya juga akan memastikan agar rakyat tidak terjebak dalam rancangan jahat yang menggoncang Pakistan. 

 

Dr Muhammad Adil Khan telah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Universiti Farooqia, Karachi pada 1986 sehingga 2010. Beliau merupakan profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2010 hingga 2018. Beliau juga berkhidmat sebagai sebagai ahli jawatankuasa Wifaqul Madaris al-Arabia Pakistan.

 

Insiden pembunuhan Dr Muhammad Adil Khan tercetus ketika meningkatnya konflik antara penduduk majoriti Sunni dan minoriti Syiah di Pakistan.

 

Ketegangan tersebut berasal daripada tayangan video demonstrasi keagamaan Syiah pada Ogos lalu yang menunjukkan ulama dan peserta membuat kenyataan menghina tokoh-tokoh Islam.

 

Video tersebut membuatkan golongan Sunni turun di jalanan, bandar Karachi dan serata negara tersebut dengan menuduh para pemimpin Syiah Pakistan mencetuskan situasi yang tidak diingini itu.

Last modified on Tuesday, 13 October 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!