wrapper

Berita Terkini

الخميس 6 ربيع الأوّل 1442   |   Thursday 22 October 2020

 

KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya, Yayasan IKRAM Malaysia (i-Bantu) dengan kerjasama Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) telah melancarkan Tabung Bantuan Khas Mask4Kids di Institut Latihan MAKPEM, Bandar Baru Sentul semalam di sini.

Pelancaran tabung itu bertujuan membantu meringankan bebanan ibu bapa dalam menyediakan keperluan anak-anak yang bersekolah dengan menyediakan pelitup muka jenis pakai semula (boleh dibasuh) yang menepati saranan WHO.


"Kita mengeluarkan belanja sebanyak RM77,350 sebagai permulaan bagi projek ini dengan sasaran awal 3,000 pelajar akan menerima manfaatnya bagi tempoh tiga bulan penggunaan,” kata Ketua Pengurusan Yayasan IKRAM Malaysia, Prof Madya Hj Ainullotfi Abd Latif dalam ucapan perasmiannya.


Beliau yang juga Naib Presiden MAKPEM berkata, ia diadakan bersesuaian dengan sambutan 63 tahun kemerdekaan Malaysia.


“Kita berharap dapat menyasarkan lebih tinggi jumlah yang akan menerima manfaat iaitu 63,000 pelitup muka dikeluarkan pada masa akan datang."


Usaha ini dijangka akan meringankan beban keluarga yang kurang mampu, menjimatkan perbelanjaan harian mereka dan menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan sampah pelitup muka.


Seramai 70 orang pelajar termasuk guru pengiring daripada sekolah rendah dan rumah anak yatim di bawah seliaan MAKPEM hadir memeriahkan majlis pelancaran ini. Turut hadir dalam perasmian tersebut ialah Naib Presiden MAKPEM, Dato' Mah Hassan.


Sumbangan untuk Tabung Bantuan Khas Mask4Kids boleh disalurkan melalui pautan http://yayasan.ikram.org.my/mask4kids/ atau akaun Yayasan Ikram Malaysia 562142404402 (Maybank) dengan rujukan ‘mask4kids’ dan e-mel bukti bayaran ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Last modified on Thursday, 17 September 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!