wrapper

Berita Terkini

الجمعة 8 صفر 1442   |   Friday 25 September 2020


AYER KEROH - Ketua Wanita IKRAM Melaka, Dr Hjh Maimunah Fadzil telah menerima Anugerah Umar Abdul Aziz sebagai Tokoh Perkhidmatan Awam dalam Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Khas Maal Hijrah 1442H Peringkat Negeri Melaka.

Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia (Dr) Hj Mohd Ali Mohd Rustam kepada beliau bersama-sama enam lagi penerima yang lain di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) semalam di sini.

 

Dalam majlis itu, mantan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Yaakub Md Amin diumum sebagai penerima Anugerah Tokoh Utama Maal Hijrah 1442H.

 

Dr Maimunah, 54, yang juga Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan di Hospital Melaka merupakan ahli Persatuan Persatuan Islam Malaysia dan Pengerusi Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu Peringkat Negeri Melaka.

 

Selain itu, beliau juga terlibat sebagai National Auditor untuk Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI) dan pernah menjadi ahli panel forum dalam 5th National Lactational Conference.

 

Dr Maimunah ditemani suami, Dr Zainal Abidin Othman

 

Turut aktif sebagai sukarelawan IKRAM, MAWAR dan CAKNE, beliau juga menjadi Pengerusi kepada sebuah pusat perlindungan dan bimbingan remaja puteri, Raudhatus Sakinah cawangan Melaka.

 

Antara anugerah yang beliau pernah terima ialah Anugerah Khidmat Cemerlang (Menegak) pada 1996 serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2003, 2007 dan 2019.

 

Tahniah kepada Dr Maimunah, suami dan keluarga. Semoga anugerah menjadi sumber inspirasi kepada semua untuk menabur bakti kepada agama, masyarakat dan negara.

 

Sumber foto: Jabatan Agama Islam Melaka

Last modified on Friday, 28 August 2020

1 Comment

  • Comment Link Mohd Hanuar Mohd Talib Friday, 28 August 2020 15:56 posted by Mohd Hanuar Mohd Talib

    Barakallahufikum

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd