wrapper

Berita Terkini

الإثنين 14 ذو الحجّة 1441   |   Tuesday 04 August 2020


SERI KEMBANGAN - Kerajaan memutuskan hari Jumaat sebagai ‘Hari Jawi’ sebagai usaha memartabatkan tulisan itu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Mendapat sokongan penug semua jemaah menteri, ia sebagai usaha mengekalkan dan memperkasakan sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga ke hari ini.

 

Katanya, kepala surat rasmi menteri akan menggunakan tulisan Jawi dalam segala urusan rasmi bagi menzahirkan tulisan Jawi di peringkat jabatan itu.

 

“Selain itu penggunaan tulisan Jawi di media sosial juga diperluaskan kepada setiap media sosial rasmi bagi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).”

 

Beliau turut menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) serta seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha menyahut kempen dan memelihara warisan negara ini.

 

Sebelumnya, kerajaan terdahulu (Pakatan Harapan) pada September 2019 lalu, telah mengsiytiharkan Hari Jumaat sebagai hari penggunaan tulisan jawi sebagai usaha untuk memperkasakan tulisan itu.

 

Menurut Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, yang pada waktu itu sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata, tulisan Jawi adalah platform untuk mengembalikan sejarah warisan negara.

 

Ini kerana jelasnya, Bahasa Melayu secara khususnya menggunakan tulisan itu sebagai pengantara rasmi sama ada dalam hubungan antara negara mahupun masyarakat.

 

Tulisan Jawi menjadi bahasa perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat, perdagangan dan urusan seharian masyarakat sejak dahulu.

 

Ia juga turut diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu di bawah Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang menyebut bahawa tulisan bagi Bahasa Kebangsaan ialah tulisan Rumi dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi bagi Bahasa Kebangsaan.

 

Semenjak tulisan Rumi semakin bertapak di dunia Melayu, tulisan Jawi kini dipelihara terutamanya untuk wacana keagamaan dan kebudayaan Melayu di Malaysia.

 

Pelbagai usaha dijalankan untuk menghidupkan kembali tulisan Jawi di Malaysia dan Brunei disebabkan peranannya yang penting dalam lingkungan budaya Melayu dan Islam, misalnya "Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan" sebagai ganti ejaan Za'ba yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1986.

 

"Kita tidak perlu membuang atau meninggalkan tulisan Jawi walaupun Melayu amnya menggunakan tulisan Rumi. Ini adalah kerana, tulisan Jawi adalah kepunyaan kita dan merupakan sebahagian daripada warisan kita,” demikian memetik kata Tokoh bahasa Melayu, Pendeta Za'ba dalam mukadimah buku Panduan Membaca dan Menulis Jawi (1957).

 

Selain itu, menurut pakar tulisan Jawi berbangsa Korea, Prof Dr Kang Kyoung Seok daripada Pusan University of Foreign Studies, beliau mula mengkaji tulisan Jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

 

“Tulisan Jawi sedang ‘tenat’ dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti,” ujarnya yang mengharap Malaysia perlu mendidik generasi muda dengan tulisan Jawi.

 

Usaha kerajaan untuk memelihara dan memperkasakan tulisan Jawi sebagai warisan negara ini perlulah berterusan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

 

Tidak terhenti setakat itu, ia perlu dipromosi, dikempen serta disebarluaskan kepada pelbagai segmen masyarakat agar ia sentiasa digunakan dan tidak luput ditelan zaman.

Last modified on Wednesday, 15 July 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd