wrapper

Berita Terkini

الإثنين 14 ذو الحجّة 1441   |   Tuesday 04 August 2020

SERI KEMBANGAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat supaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 Baginda menyeru demikian berikutan lebih banyak sektor sosial, prasekolah, tadika kerajaan dan swasta yang telah dibenarkan beroperasi..

 

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan sektor ekonomi telah pun dibuka dan sedang beroperasi sepenuhnya, namun demikian, penularan kes dalam komuniti adalah terkawal.

 

Beliau mengingatkan masyarakat di Malaysia supaya tidak alpa dengan trend penurunan kes COVID-19 di negara ini.

 

“Sebaliknya, kita perlu lebih berwaspada serta mematuhi SOP dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan pada setiap masa,” tegasnya.

 

Jelasnya, kerjasama semua pihak adalah amat penting untuk bersama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

 

Menurut Noor Hisham, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam taklimat secara maya menyatakan, pandemik COVID-19 di dunia masih belum berakhir.

 

"Malah, secara global, kes-kes pandemik COVID-19 ini sebenarnya semakin meningkat.”

 

Tambah beliau, Dr Tedros turut memberi amaran bahawa situasi pandemik COVID-19 di seluruh dunia dijangkakan akan semakin melarat.

 

Beliau memetik kenyataan Dr Tedros:

“We all want this to be over. We all want to get on with our lives. But the hard reality is this is not even close to being over.”

 

Sehingga kini, kes COVID-19 seluruh dunia mencatatkan lebih 10 juta kes positif, lebih 500,000 kematian dan lebih 6 juta yang telah sembuh, menurut worldometers.info.

 

Daripada lebih 10 juta itu, lebih 2.7 juta kes adalah dari Amerika Syarikat (dengan 130,798 kematian), lebih 1.4 juta dari Brazil dan lebih 600,000 kes masing-masing dari Rusia dan India.

 

AS dilaporkan kembali mencatat peningkatan berganda kes COVID-19 dengan peningkatan 43 peratus kes baharu sementara kematian meningkat 20 peratus, sebagaimana yang didedahkan menerusi analisis agensi berita Reuters.

 

Pakar penyakit berjangkit, Anthony Fauci memberi amaran bahawa kes COVID-19 di AS boleh meningkat sehingga 100,000 setiap hari memandangkan negara ini 'tidak berada pada tahap kawalan yang sepatutnya'.

 

Manakala di Asia, kawalan peringkat kebangsaan, perintah kawalan pergerakan dan mewajibkan pemakaian topeng berjaya mengurangkan kes COVID-19.

 

Peningkatan kes di AS ini dicatatkan ketika banyak negara sudah mula membuka semula sektor ekonomi mereka.

 

Tentunya, pematuhan rakyat terhadap SOP menjadi pengukur kepada proses pemulihan ke arah negara bebas pandemik COVID-19.

Last modified on Thursday, 02 July 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!