Print this page


RIYADH - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah memutuskan bahawa musim haji pada tahun ini akan diteruskan dengan jumlah jemaah yang terhad dari pelbagai negara yang sudah berada di negara itu.

Keputusan tersebut dibuat bagi memastikan ibadah haji dijalankan dengan kaedah selamat dengan memantau pendekatan pencegahan dan protokol penjarakan sosial bagi mencegah jangkitan COVID-19.

"Keputusan ini adalah keinginan pemerintah Arab Saudi untuk melindungi umat Islam daripada bahaya pandemik,” lapor stesen televisyen al-Ekhbariya.

Walau bagaimanapun, jumlah jemaah yang dibenarkan mengerjakan haji tidak diperincikan lagi.

Musim haji yang dijadualkan bermula hujung Julai ini kebiasaannya mengumpulkan dua juta umat Islam dari seluruh dunia.

Arab Saudi juga tidak pernah membatalkan musim haji sejak 90 tahun lalu.

Last modified on Thursday, 25 June 2020
Our website is protected by DMC Firewall!